SELEPAS pelakon veteran Jalil Hamid baru-baru ini menyuarakan keluhannya berhubung nasib pelakon yang dibayar murah, kini giliran Noorkhiriah pula melontarkan pendapat.

Kata pelakon drama bersiri Nur itu, anugerah yang diterima hanyalah mampu menjadi bukti pada masa akan datang.

"Berat mata mandang berat lagi bahu memikul, bertabahlah Abang Jalil... Saya faham apa yang Abang rasa, namun saya tak kuat untuk luahkan semua.

"Saya sendiri adalah beberapa award namun tetap terima nasib sama macam Abang.

"Award tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi even job pun, andai kita dah tak diperlukan lagi.

"Award tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang satu masa dulu," tulisnya di Instagram.

BACA: "Rasa terhina, sia-sia kumpul 8 anugerah pelakon terbaik dan popular" - Jalil Hamid

Tambah Noorkhiriah anugerah tidak menjanjikan bayaran mahal dan peluang cerah berbanding artis yang mempunyai banyak kontroversi.

"Industri kini... Andai kau muda, cantik boleh jual, kontrovesi berbakul, yes, itu yang dibayar mahal, job bsusun dan bakat tolak tepi.

"Award tak menjanjikan apa-apa, even nak buat batu nisan pun tak laku, maka bertabah dan sabar. Abg Jalil Hamid insan seni hebat di mata saya," tambahnya.

Berat mata mandang berat lg bahu mikul,btabahlah abg Jalil..sy fhm apa yg abg rs,nmun sy x kuad tuk luahkan smua..sy sndiri adalah bberapa award nmun ttp tima nsb sama mcm abg..award tk mjanjikan bulan bintang,gaji yg tinggi even job pn bg..andai kita dh tk dperlukan lg..award tu hnyalah skadar bukti pd anak cucu kita yg kita prnh menang 1 ms dulu..bg..industry tk pndg jerih perit kita..industry kini..andai #kau muda,cantik blh jual,kontrovesi bbakul..yes..itu yg dbayar mahal,job bsusun..bakat tolak tepi..


Jalil menerusi media sosialnya meluahkan rasa kesal terhadap segelintir syarikat produksi yang membayar pelakon dengan nilai rendah.

Status itu mendapat reaksi daripada penggiat seni tempatan termasuk golongan artis yang berdepan kemelut sama.