Bersempena dengan kedatangan Syawal, pihak Astro membawakan lebih 100 buah program istimewa termasuk 55 buah program baru yang bakal memeriahkan Aidilfitri di 13 buah saluran Astro yang terpilih.

13 buah saluran yang dimaksudkan ialah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Maya HD (135), Astro Ceria (611), Astro TVIQ (552), Astro Awani (501) Astro Arena (801), Bintang (141) dan Pelangi (142).

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, susunan program terbaik saluran itu merupakan satu pendekatan menyeluruh khusus buat penonton supaya dapat dinikmati pada bila-bila masa mengikut keselesaan.

“Kami menghimpunkan variasi program istimewa ini khusus buat tontonan semua sepanjang musim perayaan agar program-program yang ditawarkan dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan program-program Astro sempena Aidilfitri dan majlis berbuka pausa Astro di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Khairul lagi, istimewanya Aidilfitri tahun ini, Astro turut mempersembahkan kisah dua selebriti popular iaitu Zizan Razak dan Lisa Surihani secara ekslusif.

“Untuk meneruskan lagi tradisi sambutan raya Astro, istimewanya tahun ini kami akan mempersembahkan secara eksklusif kisah dua selebriti tanah air yang belum pernah lagi dikongsi kepada umum sebelum ini menerusi iklan komersial televisyen Astro,” ujarnya.

Selain itu pelbagai rangkaian saluran media Astro melalui platform ‘Tonton, Dengar & Baca’ yang merangkumi perkhidmatan Astro On –The Go termasuklah Astro Radio, Astro First Eksklusif, Astro Shaw Sdn Bhd, Studio H, Astro Gempak dan Murai bakal memberikan kepuasan maksimum kepada penonton.

Melalui platform ini juga penonton berpeluang untuk mengetahui pelbagai kisah ‘Kosong-Kosong’ menarik selebriti-selebriti popular antaranya seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Dato’ Ac Mizal, Nabil, Aaron Aziz, Hazama, Hafiz Suip, Farid Kamil, Awal Ashaari, Izzue Islam, dan Neelofa.

Astro juga telah memperkenalkan sebuah lagu raya Astro yang berjudul ‘Kosong-Kosong’ dendangan istimewa oleh para penyampai radio iaitu Dina Nadzir (ERA fm), Feeya Iskandar (SINAR fm), dan Shah (THR Gegar) serta bintang AF2014 Azhael.

Menariknya lagi, Astro First Eksklusif dan Astro Shaw Sdn Bhd sudah pun membariskan beberapa program serta filem hebat untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dalam pada itu, kempen ‘Kosong-Kosong, Buka Lembaran Baru’ juga sudahpun menerima lebih 1200 buah pesanan ataunbingkisan peribadi yang dihantar oleh rakyat Malaysia menerusi laman sesawang rasmi di www.kosongkosong.com.my dan juga di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan menggunakan hasgtag #kosongkosong.

Tidak ketinggalan juga pihak Astro Radio menerusi Era fm, SINAR fm, THR Gegar dan Hitz fm juga bakal mengudarakan program-progrm menarik khusus buat pendengar setia mereka sepanjang musim perayaan.

Jadi jangan lupa temujanji bersama program-program hebat Astro sepanjang bulan Syawal ini. Selamat menonton! - Astro Gempak