PONTIAN: Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Pertuduhan terhadap Chan Ah Moi, 75, Chan Chui Lai, 59, Tan Chee Seong, 50, dan Lim Huang Kin, 40, dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.
Bagi tiga pertuduhan, Ah Moi, Chui Lai, Chee Seong dan Huang Kin didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 23,572.74 gram, MDMA seberat 532.59 gram dan 362.02 gram kanabis di sebuah rumah di Kukup Laut, dekat sini, pada 1.30 pagi 4 Mei lepas.
Chui Lai yang juga adik kepada Ah Moi menghadapi satu lagi pertuduhan mengedar dadah jenis MDMA seberat 1,638.81 gram di tempat dan waktu sama.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Sementara itu, semua tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 232.6 gram ketamin mengikut Seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta serupa yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Chui Lai turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 275 gram mengikut Seksyen 12(2).
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan memiliki dadah itu di tempat dan waktu sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Chan Ah Moi dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini. - Gambar/ Bernama
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Warga emas rugi RM136,000 terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili..
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.