ASTRO berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAA’s) tahun ini, yang diadakan di Singapura pada 28 September 2023.
Antara anugerah terkenal yang dimenangi termasuk One Cent Thief untuk Best Drama Series, Polis Evo 3 untuk Best Feature Film, Mechamato Movie untuk Best Animated Programme atau Series (2D atau 3D), dan Debunk untuk Best Comedy Programme.
Liar, siri Astro yang diadaptasi daripada pencalonan BAFTA, dengan nama yang sama, membawa pulang anugerah untuk kategori Best Adaptation of an Existing Format.
Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro berkata, “Kami berbesar hati dan merendah diri kerana diberi pengiktirafan daripada rakan seperjuangan.
Astro sinonim dengan mencipta kandungan tempatan yang premium dan membawa cerita-cerita sebenar kepada rakyat Malaysia.
Dari kandungan terkenal hingga ke Astro Originals, kami melihat penglibatan penonton terus berkembang merentasi kesemua skrin dan program-program kami mencetuskan perbualan di media sosial.
Kami beraspirasi untuk menjadi Destinasi Hiburan No. 1 kepada semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan penstriman dan kandungan yang pelbagai.
Kami berinovasi untuk meneruskan tonggak utama daripada kandungan asli termasuk siri dan filem, program pertandingan dan program pelbagai, hingga ke kandungan kanak-kanak, liga-liga sukan dan pastinya, berita.”
Astro telah memperoleh 16 anugerah kebangsaan merentasi 36 kategori dalam acara sulung tahun ini.
Penghargaan ini telah memberikan Astro penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini, bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia Pasifik.
Pentas anugerah telah tersedia untuk Grand Awards dan Gala Final di mana Astro akan bersaing untuk merebut trofi emas AAA yang berprestij di Dewan Chijmes yang bersejarah di Singapura, pada 6 Disember 2023.
Asian Academy Creative Awards (AAA’s) telah ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada industri kreatif sebagai kemuncak pencapaian mereka dalam penciptaan kandungan dan pengeluaran media.
Terbuka kepada seluruh rantau Asia Pasifik, AAA menghargai kecemerlangan merentasi pelbagai platform termasuk televisyen, filem, digital, alat mudah alih, penstriman dan mana-mana teknologi baharu.
Astro menerima pengiktirafan dalam kategori berikut:
1. Best Drama Series - One Cent Thief
2. Best Screenplay - Alfie Palermo, One Cent Thief
3. Best Adaptation of an Existing Format – Liar
4. Best Actress in Leading Role - Tiz Zaqyah, Liar
5. Best Non Scripted Entertainment - Sandbox
6. Best Feature Film - Polis Evo 3
7. Best Animated Programme or Series (2D OR 3D) - Mechamato Movie
8. Best Children's Programme (One off/Series) - Legenda Puteri Qaseh
9. Best Comedy Programme - Debunk
10. Best Infotainment Programme - Are You Okay?
11. Best Lifestyle Programme - Travel with Mommy
12. Best Music or Dance Programme – Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2022
13. Best Promo or Trailer - Malaysia Memilih (PRU 15)
14. Best Short Form Content - Borak Dulu Baru Kamu
15. Best Cinematography - Danny Lala, The Patient
16. Best Direction (Non-Fiction) - Abid Hussein (Creative Stew), Star vs Food Malaysia Season 2
Kenyataan Media
Fri Sep 29 2023

Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAAs) tahun ini, yang diadakan di Singapura pada 28 September 2023.
Astro meriahkan raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan untuk tontonan seisi keluarga.
Program Iftar @Kl kembali meriah
Program Iftar @kl kembali memeriahkan sambutan bulan Ramadan.
Dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Motac melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Dan untuk perkembangannya, kita bersama Hasimi Muhamad di Dataran Merdeka.
Dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Motac melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Dan untuk perkembangannya, kita bersama Hasimi Muhamad di Dataran Merdeka.
Rindu gulai ikan temenung ayah
Ramadan tahun ini, tiada lagi gulai ikan temenung dan alunan susara ayah membawa ayat suci Al-Quran di rumah.

SBP sedia terima 70 peratus pelajar pilih aliran STEM - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata cadangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkara itu baru-baru ini adalah selari dengan dasar yang sedang dilaksanakan KPM.
Fadillah sahkan sudah terima surat permohonan PN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau baharu menerima surat berkenaan yang dihantar oleh Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Islam tidak mengajar hina agama lain – Mohd Na’im
Sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam tidak akan dibiarkan seiring dengan ajaran agama itu yang turut melarang perbuatan menghina agama lain.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
DAP tidak undang BN, bukan BN boikot
DAP menepis dakwaan kononnya pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot penganjuran Kongres DAP Ke-18 hari ini.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).

E-Sukan mampu sumbang pingat di Sukan Asia 2026 - Adam Adli
Sukan elektronik (e-sukan) dijangka mampu menyumbang kutipan pingat buat kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Perbuatan manusia punca lebih 100 hektar kebakaran hutan
Perbuatan manusia dipercayai menjadi punca lebih seratus hektar kawasan kebun nenas dan hutan di Kampung Cenderawasih, Pahang terbakar sejak awal bulan lalu.

Astro meriahkan Syawal dengan 160 program raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan.

Astro meriahkan Syawal dengan 160 program raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

Astro Audio sambut baik keputusan MCMC tidak gantung lesen radio
Astro Audio menyambut baik keputusan MCMC tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra).

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.