Menjelang pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi, semakin ramai artis yang melibatkan diri di dalam bidang politik.

Amy Search, Zed Zaidi dan Aisyah antara artis yang terbuka menyokong parti kegemaran masing masing.

Namun sejauh manakan keberkesanan golongan artis dalam menentukan arus politik tempatan kita?

Bagi Zahiril Adzim dan Akhil Hay, mereka tidak menafikan peranan artis sebagai satu medium untuk menyebarkan fahaman politik.

Rata-rata artis bersetuju bahawa sokongan terhadap mana mana parti politik haruslah disertakan dengan niat yang baik.

Malah mereka yakin artis mampu mempengaruhi jumlah undi sesebuah parti namun ia masih terletak kepada populariti dan kewibawaan artis tersebut.

Sekiranya tampuk pemerintahan berubah, golongan artis merasakan ia tidak akan memberi kesan kepada dunia hiburan.

Jadi mampukah selebriti mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi?

Sama-sama kita nantikan.