Penganjur Anugerah Grammy mempunyai cara tersendiri untuk memperingati ulang tahun pertama kematian Whitney Houston.

Program khas ‘The Grammys Will Go On: A Death In The Family’ akan ditayangkan sehari sebelum majlis Grammy berlangsung.

Program khas itu akan ditayangkan 9 Februari sehari sebelum Grammy berlangsung di Los Angeles.

Ia akan memaparkan di sebalik tabir bagaimana pihak penganjur menukar aturcara majlis Grammy 2012 ketika Houston yang meninggal dunia kurang daripada 24 jam sebelum majlis bermula.

Houston yang popular dengan lagu 'I Will Always Love You', mati lemas di Hotel Beverly Hills pada 11 Februari 2012.

Tahun lalu, hos LL Cool J membuka acara dengan bacaan doa dan Jennifer Hudson menyampaikan lagu medley Houston.

‘The Grammys Will Go On: A Death In The Family’ akan memaparkan latihan serta temu bual bersama artis seperti Hudson, Bruce Springsteen dan Taylor Swift serta penerbit program.