ANUGERAH Emmy 2023 edisi ke-75 yang belangsung pada Isnin lepas di California mencipta beberapa sejarah tersendiri.
Antara yang menjadi tumpuan adalah kemenangan besar drama bersiri Succession arahan Jesse Armstrong telah memenangi enam anugerah termasu drama siri terbaik
Sementara itu, barisan pelakon drama tersebut Kieran Culkin memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama, termasuk Sarah Snook yang berjaya merangkul Pelakon Wanita Terbaik Drama.
Musim pertama The Bear juga mendapat sambutan hebat di kalangan pengundi, turut memenangi enam anugerah, termasuk pelakon utama Jeremy Allen White yang memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik.
Selain itu, sejarah tercipta apabila aktres Ali Wong menjadi pelakon berketurunan Asia pertama yang memenangi Emmy dalama kategori utama.
Beliau membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Terhad menerusi siri Beef yang disiarkan di Netflix.
Turut menjadi tumpuan adalah Quinta Brunson pencipta dan pelakon Siri Koemdi Abbott Elementary mencipta kemenangan penting dalam sejarah Emmy.
Beliau yang dahulunya merupakan bintang sensasi di internet menjadi pelakon kulit hitam pertama dalam tempoh lebih 40 tahun merangkul kemenangan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam siri Komedi.
Kali terakhir pelakon kulit hitam memenangi anugerah itu ialah pada tahun 1981, apabila Isabel Sanford membawa pulang Emmy untuk peranannya dalam The Jeffersons.
Selain itu, Niecy Nash-Betts menjadi pelakon kulit hitam ketiga yang memenangi Emmy dalam kategori pelakon pembantu terbaik dalam siri terhad, menerusi persembahannya dalam Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story.
Betts turut mencuri tumpuan dengan ucapan kemenanganya yang menyatakan beliau berterima kasih kepada dirinya sendiri yang cekal berjuang dalam industri sehingga berjaya merangkul anugerah tersebut.
Betts juga mendedikasikan kemenangannya itu kepada semua wanita berkulit hitam yang maut dalam beberap siri tembakan rambang yang berlaku di Amerika.
Anugerah Emmy 2023 berlangsung di Peacock Theater Los Angeles, California pada 15 Januri 2024 dan dihoskan oleh Pelakon, Anthony Anderson.
Sebelum ini, anugerah berprestij untuk kandungan televisyen itu telah ditangguhkan dari 18 September 2023 kepada 15 Januari 2024 susulan mogok berterusan oleh pelakon dan penulis di Hollywood.
Fahmi Izuddin
Wed Jan 17 2024

Dari kiri, Ali wong merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Terhad, Jeremy Allen White dan Quinta Brunson masing-masing memenangi Pelakon Terbaik siri Komedi.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Anugerah Emmy 2023: Sejarah televisyen tercipta, cetus pelbagai kejutan
Antara yang menjadi tumpuan adalah kemenangan besar drama bersiri Succession arahan Jesse Armstrong telah memenangi enam anugerah.