PELAKON Datin Seri Umie Aida akui berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 24, yang menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, pada Sabtu.

Umie Aida menerusi akaun instagram(IG), meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran meskipun dibesarkan oleh seorang ibu yang baru berusia 20 tahun ketika Daniel diserahkan kepadanya.

Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda.

Namun susah senang yang dilalui menjadi kisah terindah dalam hidupnya.

Seusia me 20tahun me telah memikul tanggungjwp seorg ibu. Yeaa.. berat tanggungjawap mendidik & membesarkan anak2 masa seusia itu , lebih kurang mcm ibu tunggal. Susah senang , pahit manis adalah jalan cerita yang indah dalam hidup me. Alhamdulilah... Dan hari ini me bangga dgn percapaian anak2 me.. terima kasih @danialfirdaus12 & @dzulhelmy22