Anak kepada pelakon dan pelawak Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali Amran Tompel, meluahkan rasa terharu apabila ramai pihak prihatin dengan keadaan bapanya yang kini terlantar akibat angin ahmar.
Shafiq Amran, 26, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik berkata pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan rakan-rakan artis termasuk saudara-mara, hadir menziarahi bapanya serta memberikan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian dan juga wang tunai.
"Sehingga kini bantuan diterima secara berterusan daripada pelbagai pihak. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PBMalNS MAINS), saudara-mara, rakan-rakan artis, persatuan dan masyarakat setempat kerana banyak membantu dan prihatin dengan keadaan ayah," katanya.
Shafiq ditemui ketika program sumbangan dan ziarah Amran Tompel bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Paroi Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani dan penyanyi terkenal, Datuk Awie di kediamannya di sini, hari ini.
Berkongsi kisah menjaga dan menguruskan bapanya, Shafiq berkata bapanya ketika ini memang sukar menguruskan diri kerana hanya terlantar di atas katil dan perlu disuap makan serta tidak boleh memakan makanan berat.
"Ayah tidak boleh uruskan dirinya sendiri dan seorang daripada kami (adik-beradik) akan membantu uruskan ayah. Ayah boleh bangun tetapi kena dukung dan papah untuk mandikan ayah," katanya.
Tambahnya keadaan bapanya yang terlantar sakit bermula sejak 2015 selepas diserang angin ahmar sehingga menyebabkan kakinya tidak dapat digerakkan, namun kemudian pulih tetapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac lepas, bapanya sekali lagi diserang angin ahmar dan kembali terlantar.
Sementara itu, Vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata sebagai Presiden Kelab Permotoran Wings Motor Gang Society (WMGS), beliau bersama WMGS dengan kelab peminat Sayap Sayap Wings bekerjasama mengumpul dana bagi membantu golongan artis yang uzur dan kurang berkemampuan.
"Kita sepakat melakukan ziarah Syawal ini dan ia memang satu kewajiban kelab untuk mengeratkan silaturahim dan memastikan kebajikan dilakukan itu tidak akan putus," katanya yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang dan barangan keperluan untuk Amran Tompel.
Dalam pada itu, Taufek berkata usaha dilakukan Awie ini dapat menjadi contoh kepada persatuan dan masyarakat lain.
"Ini sebagai suatu bukti bahawa Amran Tompel tidak bersendirian kerana ramai pihak yang tampil membantu... saya percaya bantuan ini bukanlah yang pertama dan bukan juga yang terakhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020

Presiden kelab permotoran Wings Motor Gang Society (WMGS) Datuk Azhar Othman (dua, kiri) beramah mesra bersama Shafiq Amran (kiri) anak kepada Amran Tompel semasa menziarahi beliau di kediamannya hari ini. - Foto BERNAMA

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Anak Amran Tompel terharu ramai prihatin keadaan bapa
Amran Tompel ketika ini sukar menguruskan diri kerana hanya terlantar di atas katil dan perlu disuap makan serta tidak boleh makan makanan berat.