Menerusi entri di Instagram (IG), Hairul telah berkongsi sebuah video kejutan yang dilakukan kepada ayahnya.
"Kami anak-anak gembira bila melihat mak dan abah gembira. Hadiah ini kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka," tulisnya.
Rata-rata peminat mengakui sebak dan terharu apabila menonton video kejutan yang dilakukan oleh Hairul kepada kedua ibu dan ayahnya.
"@iaza1413 : Tonton video pun dah terharu. Apatah lagi abah dan ibunya. Beruntungnya abah dan ibu Hairul dapat anak-anak yang baik dan mengenang jasa perngorbanan orang tua."
"@melissa_yusoh: Murah rezeki Hairul, dapat gembirakan hati mak dan ayah. Alhamdulillah, kami pun tumpang gembira."
"@farrafarween: Alhamdulillah, bahagianya dapat bahagiakan kedua orang tua kita."
"@irahzakaria_96: Saya pulak yang menangis bila tengok video ni. Alhamdulillah moga murah rezeki Hairul sekeluarga. Amin."
"@ayien_evofficial: Terbaik Hairul dan Hanis. Semoga dimurahi rezeki lagi. Inilah contoh anak yang mengenang budi. Walaupun kecil tapi besar ganjarannya kalau berbuat baik kepada kedua orang tua.