Agensi berita "Associated Press" menamakan Adele sebagai penghibur tahun ini.

Penyanyi lagu "Rolling in the Deep" itu menewaskan Taylor Swift, penyanyi "Gangnam Style", Psy serta barisan pelakon saga "Twilight".

Pemilihan dibuat menerusi undian ahli, sidang pengarang dan pelanggan agensi media itu.

Turut tercalon ialah penulis novel popular, E.L James yang mengilhamkan "Fifty Shades Of Grey".

Antara kriteria undian ialah individu atau kumpulan yang paling berpengaruh sepanjang 2012.

Adele merupakan pemenang enam "Anugerah Grammy" termasuk album terbaik.

Turut menyanyikan lagu tema filem James Bond, "Skyfall", dia melahirkan bayi sulungnya, Oktober lalu.

Antara pemenang gelaran serupa sebelum ini ialah Lady Gaga, Betty White dan Stephen Colbert.