USAHAWAN dan pempengaruh popular Hafiz Mahamad buat pertama kalinya tampil menerbitkan sebuah filem pendek berbentuk eksperimental sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.
Filem pendek yang diberi judul Kisah Merdeka itu turut membariskan isteri tercinta Syafiqah Aina sebagai tunjang utama selain dilatari suara pelakon legenda Datuk Rahim Razali.
Uniknya tentang Kisah Merdeka, ia merupakan hasil terbitan sepenuhnya daripada produksi Ainaa Beauty sendiri.
"Saya dan isteri menghasilkan sebuah karya sempena bulan kemerdekaan, digarap serta diterbitkan sendiri oleh team in-house Ainaa Beauty.
"Filem ini dihasilkan dalam masa yang singkat sahaja dan ia mengisahkan perbezaan dua zaman: zaman dahulu (sekitar 1940) dan zaman terkini (2023)," katanya.
Kisah Merdeka menceritakan tentang masyarakat yang dijajah pada zaman dahulu oleh pihak komunis dan pada masa sama ada segelintir masyarakat kini masih dijajah melalui mentaliti yang suka mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain.
"Kesusahan, kelemahan luaran sentiasa menjadi 'subjek' penjajah pada mereka yg lemah. Teknologi pula adalah 'senjatanya'.
"Nenek moyang kita ajarkan kita tentang 'bersatu' agar menjadi bangsa yang kuat. Jika ada yang lemah, pasti akan ada hadir untuk membantu," getusnya.
Menariknya tentang filem pendek itu juga, Hafiz mengetengahkan kisah sebenar seorang yang berdepan dengan cemuhan netizen.
"Objektif cerita ini adalah untuk memberikan kesedaran jangan salah menggunakan kemodenan teknologi untuk menghina individu yang kelihatan lemah.
"Ia diadaptasi daripada kisah sebenar pengguna Ainaa Beauty yang berhadapan dengan cemuhan netizen disebabkan masalah kulit muka mereka.
"Filem ini adalah permulaan kepada 11 siri cerita yang akan dipaparkan tidak lama lagi yang berkisarkan tentang perjalanan individu berdepan hinaan masyarakat," tambahnya.
Selain penampilan Syafiqah Aina dan keluarga Ainaa Beauty, filem Kisah Merdeka juga menggunakan suara latar pelakon legenda tersohor, Datuk Rahim Razali.
Meninjau ruangan komen, ada yang meluahkan rasa rindu dapat mendengar semula suara Datuk Rahim Razali menerusi filem pendek Kisah Merdeka.
"Terubat rindu dapat dengar suara pelakon legenda kesayangan ramai ini. Teruskan usaha murni Hafiz dan Aina!" tulis warganet.
Serentak dengan tayangan filem pendek sulung Kisah Merdeka itu, Hafiz bakal memilih tujuh pemenang terbaik daripada komen di ruangan Instagram untuk memenangi saguhati bernilai RM300.
Syaratnya perlulah berkongsi kisah peribadi berdasarkan filem pendek eksperimentasi 'Kisah Merdeka'. -Gempak
Gempak
Thu Aug 31 2023

Filem pendek yang diberi judul Kisah Merdeka itu turut membariskan isteri tercinta Syafiqah Aina sebagai tunjang utama selain dilatari suara pelakon legenda Datuk Rahim Razali. -Gempak
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.

Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.

Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste

Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.