PELAKON Diana Danielle, 32, tidak mahu memikirkan soal cinta atau pengganti meskipun selepas tamatnya idah kelak.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya.
“Sebenarnya saya tiada jawapan. Saya tidak fokus dengan perkara itu.
"Saya tak suka sembang pasal benda ini. Sebab kalau saya mula, dia akan mula semula.
"Saya sudah bertukar status, jadi kalau saya layan soalan sebegitu, nanti mesti akan ada soalan mengenai macam ini lagi,” katanya kepada Gempak.
Malah apabila ditanya mengenai dakwaan dirinya menjalinkan hubungan dengan golongan ‘kerabat’, Diana turut menafikan.
“Kerabat mana tu? Masa saya ‘single’ dulu dan sebelum saya berkahwin pun, macam-macam keluar.
"Jadi saya hanya berseronok mendengarnya. Jika anda boleh berseronok dan saya pun boleh berseronok tentang perkara itu," jawabnya.
Diana menjawab pertanyaan media ketika menghadiri sidang media single terbaharunya, Bersama Dengan Rindu, di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, Diana turut meminta maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan kekhilafan dan perilakunya selama dalam tempoh idah.
Ia rentetan daripada hantarannya memuat naik gambar seolah-olah memegang tangan seorang individu yang didakwa sebagai pengganti bekas suaminya, Farid Kamil.
“Bukan selalu kita lalui benda ini, ini kali pertama bagi saya. Mungkin saya ada tersilap langkah, jadi saya minta maaf saya pun tak sedar benda itu adalah suatu yang sensitif pada orang ramai.
"Saya ambil secara positif dan perbaiki,” katanya.
Diana sebelum ini menjelaskan tangan yang dipegangnya itu adalah rakan wanita yang hanya dikenali Yien.
Dalam masa sama, Diana tidak menafikan dia masih dalam fasa membiasakan diri menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Pada 21 Ogos baru-baru ini, Diana mendapat hak jagaan anak sepenuhnya terhadap dua orang anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Yasoa.
Terdahulu Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu. -Gempak
Gempak
Sat Aug 26 2023
![Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693023122_dianadanielle.jpg)
Diana berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya. -Gempak
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![Tergamak pukul ibu kandung depan jiran Tergamak pukul ibu kandung depan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720311000_pukulibuLangkat.jpg)
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
![Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720309166_protest.jpg)
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
![Ini sebab kenapa Farid Kamil mahu anak-anak aktif sukan sejak kecil Ini sebab kenapa Farid Kamil mahu anak-anak aktif sukan sejak kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718962506_FaridKamil.jpg)
Ini sebab kenapa Farid Kamil mahu anak-anak aktif sukan sejak kecil
Pelakon Farid Kamil mahu anak-anaknya terdedah dengan aktiviti sukan di usia muda untuk perkembangan minda dan fizikal.
![“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil “Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711667543_faridkamil.jpg)
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
![Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697857509_FaridFadzil.jpg)
Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."
![Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695008806_faridkamil.jpg)
Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle
Pasangan selebriti tersebut telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.
![Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694985094_TBFARIDDIANA.jpg)
Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula
"Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami." - Farid Kamil
!['Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil 'Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694929927_diana.jpg)
'Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial.
![Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693023122_dianadanielle.jpg)
Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan
Diana berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya.
![Diana Danielle jawab dakwaan ubah wajah Diana Danielle jawab dakwaan ubah wajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692963073_DianaDanielle.jpg)
Diana Danielle jawab dakwaan ubah wajah
Diana Danielle memilih untuk tidak memberi sebarang justifikasi berhubung dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia mengubah hidung.
!['Saya sentiasa diburu scammer...' - Diana Danielle 'Saya sentiasa diburu scammer...' - Diana Danielle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692691786_DianaDanielle.jpg)
'Saya sentiasa diburu scammer...' - Diana Danielle
Diana Danielle berkata, pernah pada suatu masa beliau dan pihak pengurusannya hampir terjerat dengan perangkap scammer.
![Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692682098_dianadanielle.jpg)
Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.