KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa syukur kerana filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Skop Production iaitu Abang Long Fadil 3 meraih kutipan jualan tiket sebanyak RM 10 juta setakat pukul 12 tengah hari ini.
Yusof menghargai sambutan penonton yang menyokong filem itu sejak hari pertama ditayangkan pada 8 September lalu.
"Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.
“Sejak ditayangkan, kami telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” kata beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.
Abang Long Fadil 3 berkisar Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan lakonan Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.
Faida Rahim
Mon Sep 12 2022

Filem Abang Long Fadil 3 meraih kutipan jualan tiket sebanyak RM 10 juta setakat pukul 12 tengah hari ini - Gambar Astro Shaw

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM22 juta, pecah rekod sekuel terdahulu
Sekuel terdahulu, Abang Long Fadil 2 meraih RM18 juta dalam masa 45 hari.

Abang Long Fadil 3 kutip RM10 juta selepas lima hari ditayangkan
Yusof Haslam menghargai sambutan penonton yang menyokong Abang Long Fadil 3 sejak hari pertama ditayangkan.

'Lawak pecah perut, aku bagi 100 bintang!' - Filem Abang Long Fadil 3 gamatkan pawagam
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Elizabeth Tan ingin cuba untuk hamil hujung tahun ini
Percubaan untuk hamil pada awalnya dirancang pada Julai, namun disebabkan kesibukan bekerja, dia memutuskan untuk menganjaknya sehingga bulan Oktober.