PENYANYI dan pelakon, Elizabeth Tan mendedahkan yang dia dan suami, Siew Jim bersedia untuk menimang cahaya mata pada tahun depan.
Menurut Elizabeth, percubaan untuk hamil pada awalnya dirancang pada bulan Julai ini. Namun, disebabkan kesibukan bekerja, dia memutuskan untuk menganjak tempoh percubaan untuk hamil sehingga bulan Oktober.
“Sebenarnya, saya rancang untuk cuba hamil pada Julai. Tetapi, secara tiba-tiba banyak pula job yang masuk. Jadi saya anjak ke bulan seterusnya iaitu Ogos.
“Namun disebabkan jadual kerja makin padat, rancangan untuk cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sehingga ke bulan Oktober,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran filem 'Abang Long Fadil 3' yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, Elizabeth menambah, sukar bagi dirinya untuk memutuskan sama ada ingin menimang cahaya mata atau tidak.
“Susah sebenarnya untuk decide ingin dapat anak atau tidak. Saya tahu yang saya perlu mengorbankan sebahagian besar karier saya jika saya ingin bergelar ibu.
“Lepas jadi mak, watak-watak yang ditawarkan mungkin lain… beza sedikit atau mungkin akan kurang. Saya ambil masa setahun ini untuk bersedia secara mental.
“Tambahan pula, sebagai seorang wanita, kita ada biological clock dan tahun depan saya sudah berusia 30 tahun.
"Doktor pun nasihat supaya hamil sebelum usia 35 tahun bagi mengelakkan bayi mengalami autism.
“Justeru, kita akan cuba ke arah itu (hamil) pada penghujung tahun ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth bakal muncul sebagai watak utama menerusi filem "Abang Long Fadil 3".
Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem Abang Long Fadil turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.
Elizabeth juga diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu runut bunyi bagi filem berkenaan berjudul Payung, yang turut menampilkan pelakon utamanya, Zizan Razak.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton pada 8 September depan. -Gempak
Gempak
Wed Aug 03 2022

Elizabeth Tan mendedahkan dia dan suami, Siew Jim bersedia untuk menimang cahaya mata tahun depan. -Gempak

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

'ASP Jennifer Wong' bawa Elizabeth Tan ke FFM33
Tan berkata beliau tidak menjangka watak ASP Jeniffer Wong dalam filem itu berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri FFM33.

Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.

Elizabeth Tan mohon maaf tak sengaja terlanggar PM, teruja sangat dapat jumpa
Insiden berlaku ketika Elizabeth hadir pada majlis berbuka puasa penggiat seni bersama PM Anwar, Selasa lalu.

Elizabeth Tan ingin cuba untuk hamil hujung tahun ini
Percubaan untuk hamil pada awalnya dirancang pada Julai, namun disebabkan kesibukan bekerja, dia memutuskan untuk menganjaknya sehingga bulan Oktober.

Lizzy tumbuk pokok pisang, lain pula netizen perasan
Meskipun hanya menunjukkan perbuatan suka-suka, namun netizen di ruangan komen tampil dengan pelbagai reaksi.

Debaran Nabil Ahmad menanti 'baby' sulung
Pemenang Pengacara Hiburan terbaik Asian Academy Creative Awards itu berkata, skrip 'bayi pertamanya' itu ditulis hanya dalam tempoh seminggu.

"Maafkan saya kerana merahsiakan perkahwinan" - Elizabeth Tan mengaku menikahi ahli perniagaan
Elizabeth Tan mengesahkan sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim pada Sabtu.

Benarkah Elizabeth Tan sudah kahwin?
Foto-foto didakwa dirakamkan di majlis pernikahan Elizabeth Tan mula tular di sosial media sejak tengah hari ini.

Normal Baharu: Industri muzik tempatan maju kerana PKP
Kehidupan normal baharu akibat wabak pandemik COVID-19 bukan alasan bagi mereka dalam industri hiburan untuk berasa murung dan mundur.

'Terpaksa keluar pawagam dan terus...' - Zul Ariffin mohon maaf, digegaskan ke hospital
Kesian Zul, penat sangat ni sampai kes emergency.