Nampaknya kehadiran band popular, 5 Seconds of Summer (5SOS), mendapat perhatian peminat khususnya di Malaysia. Ini terbukti apabila hashtag #5SOSmalaysia dan #SLFLmalaysia antara yang trending hari ini.

Di susur masa Twitter terutamanya, menjadi medan perkongsian keterujaan peminat yang bernasib baik apabila berpeluang bertentang mata dengan empat anak muda dari Sydney itu.

Ratusan peminat terutamanya gologan remaja, berpusu-pusu turun ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) malam tadi untuk menyambut kedatangan mereka. Rata-ratanya, tidak menyangka dapat bersua muka dengan artis pujaan mereka.





Dedikasi peminat 5SOS terbukti apabila ada sebilangan peminat yang sanggup menunggu sejak awal pagi di ruang lobi KL Convention Centre, di mana konsert band itu bakal berlangsung, malam ini.






Malaysia antara negara Asia yang tersenarai dalam siri konsert jelajah 5SOS yang dinamakan Sounds Live Feels Live (SLFL), yang bermula di Jepun 19 Februari lalu.