DI SEBALIK kejayaan filem "Hantu Kak Limah" dan "Munafik 2" yang mencuri tumpuan ramai dengan jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah industri perfileman tanah air, beberapa filem tempatan pula gagal mendapat kutipan tiket yang baik di pawagam.

Namun harus diingat, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya.

Masing-masing tampil dengan kelebihan dan sasaran yang tersendiri.

Daripada 33 buah filem yang ditayangkan sehingga Ogos lalu, Sinar Harian kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah di pawagam:



1. Bidong The Boat People (Mac) - RM3,000

2. Enjin No. 9 (Mac) - RM7,000

3. Qhaliq (Jun) - RM14,000

Enjin No 9 dan Qhaliq masing-masing mengutip RM7,000 dan RM14,000 sepanjang tayangan.

4. This Is Pilah (Jun) - RM45,000

5. Hantu Wangan (Mac) - RM89,000

6. Badang (Februari) - RM93,000

7. Busker (Januari) - RM96,000

This is Pilah dan Badang masing-masing mengutip RM45,000 dan RM93,000.

8. Bukan Cinta Malaikat (Januari) - RM127,000

9. Makrifat Cinta (Februari) - RM138,000

10. Blok 404 (Jun) - RM220,000



Sumber: Finas