BERBILION gambar baharu diambil setiap hari dengan ia kemudiannya disimpan di telefon pintar. Tetapi kadang kala berlaku pepijat yang mengakibatkan gambar atau video yang diambil hilang ataupun rosak.

Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.

Dalam aplikasi Photos yang dikemas kini, terdapat sebuah folder baharu yang diberikan nama “Recovered”.

Gambar dan video yang sebelum ini hilang ataupun rosak akan secara automatik dimasukkan ke dalamnya.

Ciri ini berbeza dengan folder Recently Deleted yang menyimpan fail dipadam selama 30 hari sebelum dipadam selama-lamanya oleh sistem operasi.

Bagi mereka yang pernah kehilangan memori indah kerana berlaku kerosakan fail, ciri ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kejadian yang sama berlaku sekali lagi. -Amanz