YOUTUBE kini menguji sebuah ciri baharu dipanggil Notes, yang membolehkan para pengguna untuk memberikan lebih konteks dan informasi berkaitan sesuatu video atau perkongsian.

Ciri ini adalah lebih kurang sama seperti pada Twitter atau X, yang membolehkan pengguna memahami konteks sesuatu perkongsian dan mengelak sebarang penularan informasi palsu.

Di YouTube, pengguna lain boleh menambah nota pada sesuatu video, dan ia akan dipaparkan pada bahagian bawah video berkenaan dalam memberikan konteks.

Seperti ramai sedia maklum, mungkin sesuatu video berkenaan telah dirakamkan pada tempoh yang lama dan dimuat naik kembali, atau mungkin juga sesuatu video parodi yang disalah faham, serta sebagainya.

YouTube mengatakan ciri ini diperkenalkan untuk pengguna di Amerika Syarikat, melalui paparan mudah alih terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan sekiranya ujian ini berjaya.


YouTube turut menyatakan akan menjemput sejumlah penyumbang dalam membolehkan menulis nota pada video-video di platform tersebut. -Amanz