ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.


1. Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.



2. Israel buat ‘u-turn’ minta pertemuan dengan Amerika diatur semula

Israel melakukan pusingan U (u-turn) dengan meminta untuk menjadualkan semula pertemuan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan rancangan ketenteraannya di bandar Rafah di selatan Gaza, kata seorang pegawai AS pada Rabu.


3. Kejam! Tentera Israel tembak dua lelaki dari jarak dekat, 'tanam' mayat guna jentolak

Kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin sudah semakin melampau dan tidak terkawal sehingga tergamak menanam mayat rakyat Palestin yang ditembak mati oleh Zionis itu menggunakan jentolak.


4. India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi

Kementerian Luar India pada Rabu membantah keras kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai penahanan Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.


5. Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran keperluan berkanun yang berkaitan di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1995 susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.


6. Lebih satu bilion tan makanan dibazirkan di seluruh dunia setiap hari - Laporan PBB

Lebih daripada satu bilion makanan dibazirkan di seluruh dunia setiap hari, sementara hampir 800 juta orang pula berhadapan kelaparan, dedah laporan baharu yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


7. YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik

YouTube kini mengumumkan mereka sedang bereksperimen dengan sebuah ciri baharu dinamakan “Premium Jump Ahead”.


8. Anda kini boleh cuba bersembang dengan Gemini pada Google Message di Malaysia

Google Gemini adalah chatbot AI oleh Google dengan model bahasa raya tersendiri. Mereka yang melanggan pelan Google One AI Premium akan dapat mengakses Gemini Ultra, pengguna percuma terhad kepada Gemini Pro dan Gemini Nano terbina dalam peranti Pixel dan Samsung terpilih. Terbaru, Gemini telah dibawakan kepada Google Message pula.


9. 360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow

Bilangan yang cedera dalam serangan pengganas di sebuah dewan konsert di pinggir bandar Moscow minggu lepas meningkat kepada 360 orang, kata pusat Kementerian Kesihatan kepada agensi berita negara itu pada Rabu.


10. Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati

Seorang wanita di Bronx, Amerika Syarikat (AS) tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.