Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berdepan dengan tuduhan rasuah ke atas kontroversi skim subsidi beras yang pernah diperkenalkan beliau, kata pendakwa kanan negara itu, hari ini.
Pendakwaan tersebut dilihat akan menyebabkan bekas pemimpin negara itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
"Pejabat Peguam Negara mempunyai saksi dan bukti untuk dikemukakan oleh pasukan kerja yang berkerjasama dengan Jawatankuasa Anti Rasuah Kebangsaan.
"Kami bersetuju bahawa kes itu disahkan sebagai tuduhan pendakwaan jenayah terhadap Yingluck," kata Ketua Pengarah Pejabat Peguam Negara Thailand, Surasak Threerattrakul.
Surasak berkata pendakwaan dijangka akan diteruskan pada awal bulan Mac.
Yingluck ,merupakan perdana menteri wanita pertama Thailand dan adik kepada bekas pemimpin Thaksin Shinawatra.
Keputusan majoriti 190 daripada 220 orang ahli parlimen sebulat suara memilih untuk mendakwa bekas perdana menteri itu.
Astro Awani
Fri Jan 23 2015
Pendakwaan ke atas Yingluck dijangka akan diadakan pada awal bulan Mac ini - Gambar AFP
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
Yingluck sah berada di London - Menteri Luar Thailand
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, yang melarikan diri dari negaranya sendiri bagi mengelak dari dipenjara, disahkan berada di Britain.