MOSCOW: Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin bersama-sama menandatangani Kenyataan Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia bagi Memperdalam Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi pada Era Baharu, di Istana Kremlin, pada Selasa.
Mengenai isu Ukraine, kedua-dua pemimpin senada bahawa visi dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) patut ditaati dan undang-undang antarabangsa perlu dihormati.
Dalam kenyataan itu, Rusia menilai positif pendirian China yang objektif dan adil berhubung isu Ukraine.
Pada masa sama, kedua-dua negara menentang sebarang negara atau blok yang mahu menjejaskan keselamatan negara lain dengan tujuan memperoleh kepentingan sendiri termasuk dalam bidang ketenteraan dan politik.
Sementara itu, Rusia menegaskan bahawa pihaknya akan berusaha untuk menyambung semula rundingan damai secepat mungkin dan disambut baik oleh pihak China.
Rusia turut mengalu-alukan China untuk memainkan peranan positif bagi menyelesaikan krisis Ukraine melalui cara politik dan diplomatik serta memberi cadangan bersifat membina dalam dokumen "pendirian China untuk menyelesaikan krisis Ukraine".
Menurut kedua-dua pemimpin, penyelesaian krisis Ukraine perlu menghormati keprihatinan keselamatan yang munasabah pelbagai negara selain mengelakkan konfrontasi dan tindakan 'mencurah minyak ke dalam api'.
Xi dan Putin berpendapat bahawa dialog yang bertanggungjawab merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan isu secara mantap dan ia perlu disokong oleh masyarakat antarabangsa.
Pada masa sama, China dan Rusia menyeru sebarang tindakan yang meruncingkan situasi dan melanjutkan peperangan patut dihentikan agar mengelakkan krisis menjadi lebih serius sehingga sukar dikawal.
Selain itu, kedua-dua pihak turut sepakat membantah semua sekatan sepihak tanpa mandat Majlis Keselamatan PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

China dan Rusia menyeru sebarang tindakan yang meruncingkan situasi dan melanjutkan peperangan patut dihentikan agar mengelakkan krisis menjadi lebih serius sehingga sukar dikawal. - Foto Alexei Druzhinin, Sputnik, Kremlin Pool Photo via AP, File
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.