MUNGKIN ada di antara anda yang masih meragui tentang kewujudan teknologi kereta terbang pada masa kini.
Namun tahukah anda teknologi kereta terbang ini sebenarnya wujud?
Memperkenalkan Aircar, sebuah kereta terbang yang direka oleh jurutera Slovakia dan juruterbang Stefan Klien.
Baru-baru ini ia membuat kemunculannya di Ekspo Import Eksport Kebangsaan China (CIIE) yang diadakan di Shanghai.
Difahamkan Aircar baru sahaja menamatkan ujian penerbangan sulungnya pada akhir Oktober lalu di Slovakia.
Aircar dicipta bagi pemilik kereta yang dahagakan cabaran serta pengembaraan tanpa batasan.
Jelas pengasasnya Stefan Klein, jentera berkenaan sangat stabil dan mempunyai tahap keberkesanan enjin yang sempurna.
Aircar mempunyai kipas di bahagian belakang dan sayap yang boleh dilipat ke dalam badan kereta.
Ia membolehkan jentera berkenaan menjadi kereta biasa ketika tidak berada di dalam mod penerbangan.
Direka untuk diterbangkan seperti pesawat biasa, Klein berkata pemandunya boleh menerbangkan Aircar tanpa latihan penerbangan yang sukar.
Ternyata, kemunculan kereta terbang itu di Ekspo CIIE mengagumkan ramai pengunjung yang hadir.
Lebih 60 syarikat pengeluaran automobil daripada 16 buah negara mempamerkan produk automobil mereka di ekspo berkenaan.
Secara keseluruhan, dianggarkan lebih 140 kereta dipamerkan pada pameran itu.
Afiq Ariffin
Wed Nov 13 2019

Difahamkan Aircar baru sahaja menamatkan ujian penerbangan sulungnya pada akhir Oktober lalu di Slovakia. Foto Twitter @ShanghaiEye

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Kerjasama Malaysia-China harus diperluas ke sektor baharu - PM Anwar
Anwar berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China.

BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama
"Kita mesti membina komuniti dengan masa depan bersama, untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global."

Pesta Beli-belah Asia-Afrika 2021 semasa CIIE
Pesta Beli-belah Asia-Afrika 2021 akan dilancarkan malam Sabtu nanti sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang sedang diadakan di Shanghai.

Wow! Ini baru betul kereta terbang
Difahamkan Aircar baru sahaja menamatkan ujian penerbangan sulungnya pada akhir Oktober lalu di Slovakia.

CAEXPO 2019: Reputasi produk tempatan dapat tempat di hati masyarakat China
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Wan Latiff Wan Musa, tidak kira di wilayah mana pun di China, produk Malaysia yang dipasarkan pasti akan mendapat pujian.

Syarikat Malaysia raih jualan RM86 juta di Ekspo Import China
Jualan segera bernilai US$11,500 (US$1=RM4.17) manakala jualan berpotensi bernilai US$20.49 juta pada acara enam hari yang bermula pada 5 November.