Produk keluaran Malaysia mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran China sekali gus syarikat tempatan yang menyertai di Ekspo China ASEAN (CAEXPO) 2019 berpeluang meraih nilai jualan yang tinggi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Wan Latiff Wan Musa, tidak kira di wilayah mana pun di China, produk Malaysia yang dipasarkan pasti akan mendapat pujian.
“Ini adalah perkara biasa di China. Produk Malaysia mendapat kepercayaan yang tinggi daripada masyarakat China kerana kualiti dan standard yang ada, sekali gus meletakkan Malaysia di atas berbanding pesaing kita yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Astaka Malaysia dan ‘City of Charm’ di CAEXPO 2019, di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking turut melontarkan pandangan yang sama setelah melihat sendiri perkara itu ketika berkunjung ke Ekspo Antarabangsa Import China (CIIE) tahun lepas.
“Saya lihat sendiri produk Malaysia cepat dibeli oleh masyarakat China di Shanghai. Dan untuk CIIE tahun ini, saya dan Wan Latiff akan pergi ke sana.
"Malah saya telah mengarahkan timbalan saya (Ong Kia Ming) untuk pergi dan pastikan pasaran kita lebih terkenal di sana,” jelasnya.
Afiezy Azaman
Fri Sep 20 2019

CAEXPO 2019 yang berlangsung di Nanning, China, dari 21 hingga 24 Sept menyaksikan 167 pengusaha kecil dan sederhana Malaysia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. - Astro AWANI

Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Langkah itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus

Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine
Berita mengenai potensi berlaku perubahan status itu membuatkan komuniti Ukraine di New York berasa takut dan bersiap sedia.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.

Dagangan Malaysia-Wilayah Guangxi lonjak 120 peratus pada 2018
Zaimah Osman berkata bagi tempoh sama, jumlah import barangan Malaysia turut meningkat kepada US$572.79 (RM2.4 bilion) berbanding US$325.67 juta (RM1.3 bilion) pada 2017.

CAEXPO 2019: Produk makanan Malaysia paling digemari pembeli China
Sedap, berkualiti dan harga berpatutan antara reaksi pengguna China terhadap produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning.

CAEXPO 2019 : PKS nikmati jualan tinggi, kenal pasti potensi rakan niaga China
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 memperoleh reaksi positif mengenai produk tempatan daripada masyarakat di Nanning, China.

CAEXPO 2019 bantu capai sasaran 30 juta pelancong TMM2020
Syarikat tempatan juga mengambil peranan dalam usaha mencapai sasaran 30 juta pelancong pada tahun depan.

China saran lima perkara kukuhkan kerjasama dengan ASEAN
Han Zheng berharap komuniti ASEAN dapat mengambil inisiatif untuk bekerjasama menjayakan inisiatif BRI yang dijayakan oleh negara itu.

CAEXPO 2019: Reputasi produk tempatan dapat tempat di hati masyarakat China
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Wan Latiff Wan Musa, tidak kira di wilayah mana pun di China, produk Malaysia yang dipasarkan pasti akan mendapat pujian.

Usahawan mikro berpeluang sertai CAEXPO akan datang
Menurut Pengerusi MATRADE Tan Sri Halim Mohammad, usahawan mikro perlu bermula di Malaysia dan meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

CAEXPO 2019 turut tingkatkan ekonomi domestik
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking berkata, ia dapat menarik masyarakat China untuk datang ke Malaysia dan merasai sendiri produk keluaran negara.

CAEXPO 2019: Syarikat PKS diseru tambah nilai produk supaya lebih diyakini
Perkara itu menjadi pesanan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beliau untuk disampaikan kepada syarikat PKS yang menyertai ekspo tersebut.