WASHINGTON:Setiausaha Akhbar White House, Kayleigh McEnany enggan mengesahkan bilangan kakitangan White House yang menjalani saringan COVID-19.

Kata McEnany, maklumat itu dirahsiakan atas faktor keselamatan.

Ketika ditanya mengenai jangka masa ujian saringan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pula, Mcenany tetap tidak bersedia memberikan perincian mengenainya.

“Itu adalah sulit. Kami mengambil series melindungi informasi kakitangan di White House. Itu yang kami pegang ketika ini.

“Saya tidak akan memberi perincian mengenai setiap kali Presiden menjalani saringan, beliau disaring secara kerap dan ujian positif yang pertama diterima ketika beliau pulang dari Bedminster,” jelas McEnaney dalam satu sidang media.

Trump sebelum itu dilihat meninggalkan hospital untuk melambai dari dalam kereta kepada penyokongnya yang menunggu di luar hospital Tentera Walter Reed.

Kehadiran Presiden AS itu dilakukan sejurus selepas beliau menjanjikan "kejutan" kepada penyokongnya dalam sebuah video yang disiarkan di media sosial.

Di dalam video tersebut Trump berkata beliau "banyak belajar" daripada diagnosis COVID19.

Pada 2 Oktober lalu, Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif COVID-19.

BACA: Donald Trump, isteri positif COVID-19

BACA: "Terima kasih atas sokongan" - Donald Trump