KUALA LUMPUR: Berita baik buat komuniti ekonomi digital di Malaysia!
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.
Apa itu Web3Expo?
Acara ini akan menampilkan pemain-pemain ekonomi digital Web3 seperti blockchain (teknologi rantaian blok), kripto dan NFT dari dalam dan luar negara untuk berkongsi idea mereka menerusi sesi dialog, forum dan perbentangan kertas kerja.
Selain itu, acara ini turut disertair industri yang terdiri daripada ahli akademik, pakar teknikal, usahawan dan lain-lain.
Turut diadakan ialah 'Blockchain Fair' yang akan disertai oleh syarikat-syarikat, agensi kerajaan, institut pendidikan, firma kewangan dan syarikat startup.
Antara aktiviti yang akan dianjurkan adalah seperti perjumpaan padanan perniagaan, sesi networking, bengkel dan pelbagai lagi.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Penggerak Ekonomi Digital Kebangsaan (NEDMA), penganjur Web3Expo, Datuk Mohd Fakhruddin, ekspo ini juga akan melonjakkan nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Mohd Fakhruddin berkata, menerusi Web3Expo ini, ia akan memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mula mempelajari mengenai teknologi blockchain.
Pemahaman dan kecaknaan masyarakat berhubung industri Web3 diharap akan mewujudkan sebuah ekosistem dunia digital yang besar, sekali gus mewujudkan permintaan yang tinggi apabila orang ramai, khususnya para usahawan maklum faedah blockchain di dalam perniagaan mereka.
Acara ini juga diharap dapat menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk meneroka segmen pasaran penyedia perkhidmatan yang secara tidak lansung akan melonjakkan ekonomi negara.
Web3Expo ini juga bakal menjadi pemangkin utama terhadap industri "Pelancongan Web3" (Web3 Tourism), yang boleh dijadikan sebagai tarikan baru perlancongan negara.
Walaupun begitu, kebaikan terbesar yang perlu untuk kita garap adalah dengan menjadikan Malaysia antara negara terkerhadapan dalam ekonomi digital.
Astro Awani
Fri Aug 12 2022
Siapa tahu, dengan penganjuran Web3Expo, inilah kunci untuk kita melangkah ke dunia metaverse acuan Malaysia. - Gambar fail
Integrasi MyDigital ID- MyJPJ ditangguh, bukan dibatalkan
Integrasi MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ tidak dibatalkan tetapi hanya ditangguhkan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd, Mohd Mirza Mohd Noor.
Beliau menjelaskan beberapa laporan media tersalah memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sehingga menimbulkan kekeliruan awam.
Beliau menjelaskan beberapa laporan media tersalah memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sehingga menimbulkan kekeliruan awam.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Kenyataan misi tetap Lubnan ke PBB, menyatakan aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Oktober
Angka korban taufan helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Angka korban akibat Taufan Helene di negeri-negeri tenggara Amerika Syarikat kini melebihi 200 orang pada Khamis.
Ringgit dijangka kekal kukuh menjelang akhir tahun
Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4.03 menjelang akhir tahun, disokong oleh usaha kerajaan memperbaiki kedudukan fiskal negara. Namun, ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat mungkin memberi kesan sementara terhadap pergerakan mata wang ini.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary selepas langgar hak asasi
Suruhanjaya Eropah memutuskan pada Khamis untuk membawa Hungary ke mahkamah atas dakwaan pelanggaran hak asasi Kesatuan Eropah (EU).
Menurut satu kenyataan akhbar, langkah ini diambil selepas budapest gagal menghilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan untuk mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
Menurut satu kenyataan akhbar, langkah ini diambil selepas budapest gagal menghilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan untuk mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
Prabowo umum Kabinet sejurus pelantikan 20 Oktober
Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto dijangka mengumumkan barisan menteri dalam Kabinetnya pada 20 Oktober ini, satu langkah yang diambil untuk memastikan prestasi kerajaan tidak mengalami kelompongan.
Indonesia kekal larangan terhadap Temu
Indonesia akan mengekalkan larangannya terhadap platform e-dagang China, Temu, kerana kebimbangan mengenai kesannya terhadap perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (MSME) tempatan, menurut Menteri Komunikasi, Budi Arie Setiadi.
Budi turut menjelaskan bahawa membenarkan Temu beroperasi boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan masyarakat Indonesia.
Budi turut menjelaskan bahawa membenarkan Temu beroperasi boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan masyarakat Indonesia.
Belanjawan 2025: Realiti di sebalik kewaspadaan fiskal
Menjelang pembentangan Belanjawan 2025, Malaysia kini berada di satu persimpangan yang amat penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara. Belanjawan bukan sekadar dokumen fiskal tahunan, tetapi cerminan kepada usaha kerajaan untuk terus memperkukuh asas ekonomi negara dan memperbaiki kesejahteraan rakyat. Namun begitu, persoalan yang timbul adalah adakah rakyat bersedia untuk menerima dasar-dasar atau langkah-langkah yang mungkin tidak popular, tetapi perlu, demi masa depan ekonomi yang lebih kukuh?
Gangguan telekomunikasi di Islamabad susulan protes PTI
Notis yang mengesahkan pelaksanaan Seksyen 144, berkuat kuasa dari 4 hingga 6 Oktober, telah dikeluarkan.
Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.
Web3 Expo bakal lonjak Malaysia ke Metaverse
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.