DUA wartawan Reuters yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas dakwaan berkaitan Akta Rahsia Rasmi dibebaskan pada Selasa.

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo dibebaskan selepas Presiden Win Myint mengampunkan 6,520 banduan.

Upacara mengampunkan ribuan banduan itu dilakukan dalam dua acara pengampunan secara besar-besaran tahun lalu.

Ia adalah sebahagian daripada budaya di Myanmar membebaskan banduan sempena sambutan tahun baharu tradisional yang bermula pada 17 April.


Wa Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo dibebaskan selepas Presiden Win Myint mengampunkan 6,520 banduan. - REUTERS

Terdahulu, kedua-dua wartawan ini disiasat atas penglibatan mereka ketika membuat liputan mengenai krisis kemanusiaan Rohingya.

Wartawan Wa Lone, 32 tahun, dan Kyaw Soe Oo, 28 tahun, telah ditahan pada Disember 2017.

Pendakwaan mereka dilihat sebagai satu ujian terhadap kemajuan menuju demokrasi di negara Asia Tenggara itu.

BACA: Wartawan didakwa cabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar, keputusan 3 Sept

BACA: Siasatan ke atas dua wartawan Reuters hampir selesai