KATHMANDU: Mahkamah Agung Nepal pada Rabu memerintahkan pembebasan Charles Sobhraj, pembunuh bersiri Perancis yang dipaparkan dalam siri Netflix 'The Serpent' yang bertanggungjawab atas beberapa siri pembunuhan di seluruh Asia pada 1970-an.
Mahkamah Agung memutuskan bahawa Sobhraj, 78, yang telah dipenjarakan di Nepal sejak 2003 kerana membunuh dua pelancong Amerika Utara, harus dibebaskan atas faktor kesihatan.
"Menahannya di penjara secara berterusan adalah tidak konsisten dengan hak asasi seseorang banduan.
"Jika tiada lagi kes tertangguh yang membolehkannya untuk terus kekal dalam tahanan, maka mahkamah memerintahkan pembebasannya hari ini dan pulang ke negaranya dalam tempoh 15 hari," menurut keputusan mahkamah yang dilihat AFP.
Selepas zaman kanak-kanak yang bermasalah serta beberapa hukuman penjara di Perancis kerana jenayah kecil, Sobhraj mula mengembara ke seluruh dunia pada awal 1970-an dan berakhir di ibu negara Thailand, Bangkok.
Modus operandinya adalah menawan dan berkawan dengan mangsanya, kebanyakan daripada mereka adalah pengembara 'Hippie' dari Barat, sebelum membius dengan dadah, merompak dan membunuh mereka.
Peramah, licik dan penggoda, dia terlibat dalam pembunuhan pertama seorang wanita muda Amerika yang mayatnya ditemui memakai bikini di pantai Pattaya pada tahun 1975.
Sobhraj yang bijak memanipulasi mangsanya akhirnya dikaitkan dengan lebih daripada 20 pembunuhan.
Mangsanya dicekik, dipukul serta dibakar dan Sobhraj sering menggunakan pasport mangsa lelakinya untuk pergi ke destinasi seterusnya.
Nama panggilan Sobhraj, 'The Snake', berasal daripada keupayaannya untuk mengambil identiti individu lain untuk melarikan diri daripada keadilan dan menjadi tajuk siri BBC serta Netflix.
Pada 1975, Sobhraj bersama teman wanita dari Kanada, Marie-Andree Leclerc dan rakan sejenayah dari India, Vijay Chowdhury singgah di Malaysia.
Chowdhury telah diarahkan untuk mencuri batu permata dan memberikannya kepada Sobhraj.
Lelaki tersebut kali terakhir ditemui ketika di Malaysia dan sehingga kini hilang tanpa berita.
Ramai yang percaya dia telah dibunuh sebelum Sobhraj bersama Leclerc terbang ke Geneva, Switzerland bersama permata yang dicuri Chowdhury.
Penjenayah berdarah Vietnam di sebelah ibu dan India di sebelah bapa, ditangkap di India pada 1976 selepas kematian seorang pelancong Perancis di sebuah hotel di Delhi, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana pembunuhan itu.
Dia pulang ke Perancis selepas dibebaskan dan tinggal di sana sehingga 2003 sebelum kembali ke Nepal, di mana dia dikesan oleh seorang wartawan di kawasan tumpuan pelancong di Kathmandu yang kemudiannya memberitahu pihak berkuasa tempatan.
Mahkamah Nepal menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun berikutnya kerana pembunuhan pelancong Amerika Syarikat (AS) Connie Jo Brunsich pada 1975.
Sedekad kemudian, dia juga disabitkan bersalah membunuh rakan kepada Brunsich yang berasal dari Kanada.
Pada 2008, semasa dalam tahanan, Sobhraj berkahwin dengan Nehita Biswas yang 44 tahun lebih muda daripadanya dan merupakan anak kepada peguam belanya. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Thu Dec 22 2022
![Pembunuh tampan 'The Serpent' akhirnya dibebaskan dari penjara Pembunuh tampan 'The Serpent' akhirnya dibebaskan dari penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671667460_CharlesSobhraj.jpg)
Pembunuh bersiri Charles Sobraj dibebaskan dari penjara Nepal. Gambar kecil: Sobhraj ketika ditahan pihak berkuasa India pada 1976. - Foto agensi
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Pembunuh bersiri Charles Sobhraj tekad saman banyak pihak, termasuk Nepal Pembunuh bersiri Charles Sobhraj tekad saman banyak pihak, termasuk Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671846982_CharlesSobhraj.jpg)
Pembunuh bersiri Charles Sobhraj tekad saman banyak pihak, termasuk Nepal
Mahkamah Agung Nepal membebaskan Sobhraj atas alasan kesihatan selepas hampir 20 tahun di penjara dan dihantar pulang ke Perancis dalam tempoh 15 hari.
![Pembunuh tampan 'The Serpent' akhirnya dibebaskan dari penjara Pembunuh tampan 'The Serpent' akhirnya dibebaskan dari penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671667460_CharlesSobhraj.jpg)
Pembunuh tampan 'The Serpent' akhirnya dibebaskan dari penjara
Mahkamah Agung memutuskan bahawa Sobhraj harus dibebaskan atas faktor kesihatan.