SEORANG wartawan Israel yang melanggar peraturan larangan bukan Muslim memasuki Tanah Suci Mekah telah mencetus kemarahan warga maya di Internet.
Al Jazeera melaporkan, perbuatannya itu bukan sahaja mencabar pihak berkuasa malah berpotensi memburukkan lagi hubungan Tel Aviv dan Negara-Negara Teluk.
Berita Channel 13 Israel menyiarkan laporan berdurasi 10 minit pada Isnin lalu yang menunjukkan wartawan Gil Tamary yang menaiki kereta telah melalui kawasan Masjidil Haram dan juga sempat mendaki Jabal Rahmah.
Tamary, yang ditemani seorang pemandu tempatan yang dikaburkan wajah untuk mengelakkan identitinya diketahui, dilihat memperlahankan suara ketika bercakap dengan kamera dalam bahasa Ibrani (Hebrew) dan kemudian menukar ke bahasa Inggeris supaya dirinya tidak diketahui sebagai orang Israel.
Laporan itu dikatakan sebagai eksklusif, kerana menjadi wartawan Yahudi pertama mendokumentasi perjalanan jemaah haji di Tanah Suci.
Laporan itu mengundang banyak respons marah di Internet, dengan tanda pagar (hashtag) di Twitter ‘A Jew in Mecca’s Grand Mosque’ (Seorang Yahudi Di Masjidil Haram Mekah).
“Channel 13 anda sangat memalukan, kerana menghina agama Islam secara begitu. Anda biadab,” kata seorang aktivis Arab Saudi, Mohammed Saud.
“Apa yang dilakukannya ini salah. Macam mana dia boleh terlepas pemeriksaan masuk?” soal seorang pengguna media sosial lain pula.
Sementara itu, laporan berita berkenaan turut mendapat kecaman daripada Menteri Kerjasama Serantau Israel sendiri, Esawi Freij, yang mengecam tindakan Tamary dan melabelkannya sebagai ‘bodoh dan berbahaya’, khususnya terhadap hubungan Israel dan Negara-Negara Teluk.
“Perbuatan menyiarkan laporan itu sekadar untuk meraih rating adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merosakkan,” katanya.
Tamary yang kemudiannya berada di Jeddah untuk membuat liputan kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, telah memohon maaf atas laporan berkenan dan berkata ia tidak berniat menyinggung perasaan masyarakat Islam.
Agensi
Thu Jul 21 2022

Laporan Gil Tamary mencetus kemarahan dari kalangan masyarakat Islam di media sosial, malah turut dikecam menteri negaranya sendiri. - Foto: Twitter/Tangkap layar Channel 13

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Wartawan Israel menyelinap masuk ke Mekah cetus kemarahan ramai
Perbuatannya itu mencabar pihak berkuasa malah berpotensi memburukkan lagi hubungan Tel Aviv dan Negara-Negara Teluk.