DENVER: Seorang wanita berusia 89 tahun maut selepas diserang dua ekor anjing baka ‘pitbull’ di kediamannya di Denver Barat, Amerika Syarikat minggu lalu.
Memetik laporan Hindustan Times, turut bersama sewaktu kejadian adalah seorang cucu mangsa berusia 12 tahun yang turut mengalami kecederaan selepas diserang.
Pihak polis yang diarahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan, pada awalnya menemukan kesan darah sebelum memeriksa halaman belakang rumah mangsa dan mendapati terdapat dua ekor anjing pitbull sedang menggigit mangsa.
Anggota polis kemudian bertindak menembak haiwan terbabit menggunakan senapang pegun dan senapang patah namun serangan haiwan itu masih tidak dapat dileraikan sehingga memaksa beberapa anggota polis lain tiba menghulurkan bantuan.
Dalam pada itu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan berlindung di rumah jiran sebelum dibawa ke hospital kanak-kanak.
Pihak penguasa bandar Golden memaklumkan wanita itu meninggal dunia pada Ahad manakala cucu lelakinya telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.
Pihak berkuasa turut memaklumkan kedua-dua ekor anjing berkenaan telah dimatikan.
Sehingga kini, kedua-dua nama mangsa masih belum didedahkan.
Agensi
Tue Sep 20 2022

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan berlindung di rumah jiran sebelum dibawa ke hospital kanak-kanak. - Gambar hiasan/Unsplash

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Jojo lega persiapan tiga minggu di Denver hasilkan kemenangan
Jojo meluahkan rasa lega apabila segala persiapan yang dilakukan sejak tiga minggu lalu di Denver berjalan lancar sehingga menghasilkan kemenangan.

Warga emas maut diserang anjing pitbull
Seorang wanita berusia 89 tahun maut selepas diserang dua ekor anjing baka pitbull di kediamannya di Denver Barat, Rabu lalu.

Kebakaran hutan: Salji tebal burukkan keadaan di Colorado
Lebih 500 rumah dikhuatiri musnah dan kini pemilik rumah berdepan tugas sukar untuk membina semula kediaman mereka.

9 cedera ditembak ketika aktiviti riadah bersama keluarga
Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah taman di Denver, Amerika Syarikat pada Ahad.

Serangan hendap di pangsapuri, seorang anggota polis terbunuh
Seorang anggota polis terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam satu insiden serangan hendap di Colorado.

Tiga maut dalam serangan di pasar raya Colorado
Premis berkenaan telah dikosongkan sendiri oleh pelanggan dan pekerja melarikan diri berikutan kejadian tembak menembak.