Ratusan warga Cyprus, Palestin dan Syria bersatu mengadakan protes secara aman sambil mengibarkan bendera Syria di pekarangan kedutaan Amerika Syarikat di Nicosia pada Isnin.
Mereka yang terlibat turut melaungkan slogan anti barat bagi mengutuk serangan udara yang dilancarkan AS, Britain dan Perancis di Syria.
Rata-rata penunjuk perasaan adalah dari kalangan gabungan parti sayap kiri dan parti Progressive Party of Working People (AKEL) yang berpangkalan di Cyprus.
Mereka menyifatkan serangan yang dilakukan ketiga-tiga negara ini ke atas Syria sebagai tidak berperikemanusiaan.
Ini kerana belum ada bukti kukuh bagi mendakwa Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dituduh sebagai dalang utama kepada insiden serangan senjata kimia di Douma seperti yang dilaporkan Barat.
Pada masa sama, mereka turut mengkritik kerajaan Britain yang menggunakan pangkalan udara British di Cyprus untuk mengambil bahagian dalam serangan peluru berpandu yang disasarkan kepada Syria.
APTN
Mon Apr 16 2018
Mereka yang terlibat turut melaungkan slogan anti barat bagi mengutuk serangan udara yang dilancarkan AS, Britain dan Perancis di Syria. - Foto AP
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga Cyprus, Palestin dan Syria bersatu kutuk serangan di Syria
Ratusan warga Cyprus, Palestin dan Syria bersatu mengadakan protes secara aman sambil mengibarkan bendera Syria di perkarangan kedutaan Amerika Syarikat di Nicosia pada Isnin.