BEGITULAH mesej yang disampaikan oleh pertubuhan alam sekitar, WildAid dalam sebuah iklan yang disiar di media tempatan dan menerusi YouTube.

Iklan yang berjudul Hairy Nose itu memaparkan warga Beijing yang lebih rela menyimpan bulu hidung panjang sebagai ‘penapis’ udara berbanding mengambil tindakan untuk mengubah keadaan tersebut.

Mesej sinis itu turut memaparkan bulu hidung panjang yang menjadi gaya hidup, lengkap dengan syampu khas dan salun dandanan.

Iklan WildAid - Foto Youtube/Jane Jang

Iklan WildAid - Foto YouTube/Jane Jang
Watak utama yang juga menjadi suara latar iklan itu kemudian muncul dan bertindak mencukur bulu hidung untuk menunjukkan komitmennya untuk mengubah keadaan dan bukannya pasrah dengan pencemaran udara.

Menurut pegawai program iklim WildAid, Matt Grager, iklan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen GOBlue anjuran pertubuhan itu di China bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan udara bersih.

Tambah Grager, kesemua 366 bandar di China gagal memenuhi standard kualiti udara yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kajian tahun lalu.