SEORANG wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Wanita itu mengusung mayat berkenaan bagi tujuan menandatangani surat pinjaman dari bank berkenaan, menggunakan nama bapa saudaranya.
Dikenali sebagai Erika de Souza Vieira Nunes, wanita berkenaan mendakwa dirinya sebagai anak saudara dan penjaga kepada Paulo Roberto Braga.
Difahamkan, Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Menerusi satu rakaman CCTV yang viral di media sosial, Erika dilihat memegang pen dan menggerakkan tangan jasad bapa saudaranya untuk menurunkan tanda tangan.
“Pak Cik dengar tak? Pak Cik perlu tanda tangan. Pak Cik kena tanda tangan supaya pak cik tidak buat saya sakit kepala lagi,” katanya sambil memegang leher mayat itu.
Kakitangan bank mula curiga apabila kepala lelaki itu terus jatuh ketika diminta untuk menurunkan tanda tangan. Justeru, selepas polis dihubungi, wanita tersebut ditahan di tempat kejadian.
Erika kemudian dituduh melakukan penipuan dan jasad lelaki berkenaan di bawa ke bilik mayat.
Difahamkan, lelaki yang bergelar bapa saudara kepada Erika meninggal dunia beberapa jam sebelum tiba ke bank.
Pihak polis menjelaskan, mereka bakal menyiasat kes tersebut dan ingin memastikan sebab kematian lelaki itu dan adakah Erika benar-benar anak saudara kepada lelaki berkenaan. - Gempak
Gempak
Sat Apr 20 2024

Erika dilihat memegang pen dan menggerakkan tangan jasad bapa saudaranya untuk menurunkan tanda tangan. - Gempak

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).

Tak mampu beli tiket pesawat, keluarga pilih pikul jenazah sejauh 60km
Mereka terpaksa menggunakan tandu selain menempuh jalan berlumpur serta tebing curam sebelum tiba di kampung halaman Razi.