SYARIKAT pengeluar makanan di Sepanyol memohon maaf kepada seorang wanita selepas dia menemui sepasang cermin mata dalam bungkusan kentang goreng.

Paula Payan dari Cadiz di selatan Sepanyol berkongsi foto cermin mata tersebut yang ditemui dalam bungkusan kentang goreng oleh syarikat Cortijo del Oliver, yang berpangkalan di Arco de la Frontera.

Cermin mata tersebut dengan bingkai hitam itu jelas kelihatan menerusi bahagian tingkap bungkusan berkenaan, lapor portal berita Newsweek.

Dalam catatan di akaun Twitter miliknya, Payan berkata dia telah menemui sepasang cermin mata dalam bungkusan kentang goreng disertai beberapa keping foto bagi membuktikan ia tidak palsu.


Jelasnya, dia telah pergi membeli belah di sebuah pasar raya bersama ibunya sebelum membeli kentang goreng tersebut namun tidak menyedari cermin mata berkenaan.

Cortijo del Olivar membalas ciapan Payan dan meminta maaf atas penemuannya itu.