SEOUL: Tindakan melulu seorang wanita Korea Selatan yang mengamuk hanya kerana minuman yang dipesan olehnya tidak disertakan straw telah mengundang kecaman pengguna media sosial.
Seoul Broadcasting System (SBS) melaporkan insiden itu berlaku di bandar Siheung, Gyeonggi-do pada 4 April lalu.
Individu itu dikatakan menghubungi kafe berkenaan tentang perkara remeh tersebut dan pengurus premis itu akur dengan permintaannya malah menghantar kek percuma sebagai tanda permohonan maaf.
Tetapi, penghantaran itu berdepan kelewatan kerana masalah melibatkan alamat si penerima.
Wanita itu yang berang kerana terpaksa menunggu lama kemudiannya menyerbu kafe tersebut dan bersemuka dengan pengurus yang menerima aduannya.
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan amukan individu itu selama lebih lima minit dan tingkah laku menjengkelkan tersebut turut menarik perhatian orang ramai.
Sebagai cubaan untuk meredakan situasi, pengurus kafe itu tampil dari belakang kaunter dan sekali lagi memohon maaf.
Wanita itu bagaimanapun menuntut pengurus tersebut melutut dan meminta maaf kepadanya.
Demi memuaskan hati individu itu, dia terpaksa akur, namun wanita tersebut terus memarahinya.
"Adakah ini sikap industri perkhidmatan? Anda sepatutnya menutup perniagaan anda. Bolehkah ia bertahan dalam komuniti ini?" rungut wanita itu lagi.
Pengurus itu memberitahu kejadian tersebut memberi kesan kepada kesihatannya dan dia turut mengalami sakit kepala, muntah-muntah malah dia juga seakan-akan trauma untuk berhadapan dengan pelanggan.
Susulan bantahan orang ramai, pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
Paling mengejutkan kejadian itu yang disiarkan semula oleh People's Daily di China telah mencetuskan kemarahan pengguna media sosial di negara tersebut.
"Hanya kerana terlupa penyedut minuman, perlukan bersikap sedemikian? Saya rasa pelanggan itu ada masalah psikologi," kata seorang warganet. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024

Pengurus kafe itu sanggup melutut untuk memohon maaf demi memuaskan hati pelanggan tersebut. - Foto agensi

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Empat lelaki larikan barang kemas pelanggan kedai
Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam.

Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.

Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.

Peniaga Kompleks Hentian Bas MBKT 'tenat' menunggu pengunjung
Lebih separuh daripada sekitar 300 kedai di situ telah ditutup akibat kebanyakan peniaga tidak mampu bertahan lalu 'gulung tikar'.

MYAirline: Waspada dengan penipuan pemulangan wang
MYAirline berkata terdapat laporan baru-baru ini mengenai individu yang mendakwa secara palsu sebagai wakil kepada syarikat penerbangan itu.

Kelemahan kempen, pemantauan, punca pengguna masih damba bes plastik
Sudah iba masa pengguna mengubah mentaliti untuk tidak lagi menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian.

Hampir separuh pelanggan Twitter Blue dikatakan mempunyai kurang 1,000 pengikut
Lebih 70,000 pelanggan Twitter Blue mempunyai kurang 100 pengikut pada akaun mereka.

Pengesahan identiti biometrik antara langkah baharu tangani penipuan kewangan di Thailand
Langkah baharu itu penting untuk melindungi wang simpanan pelanggan berikutan peningkatan kes penipuan.

250,248 pelanggan Unifi Mobile terjejas akibat pelanggaran data - TM
Jenis data yang terlibat membabitkan nama pelanggan, nombor telefon dan e-mel, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pekerja restoran asam pedas mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas
Tertuduh turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret.