Ringkasan AI
- Rita Patino Quintero, seorang wanita suku Tarahumara dari Chihuahua, Mexico utara, dihantar ke rumah sakit jiwa di Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama 12 tahun. Dia ditemui dalam keadaan kelaparan di bawah sebuah gereja di Kansas pada tahun 1983.
- Rita hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa suku kaumnya yang tidak difahami pihak berkuasa di Kansas. Ini menyebabkan dia disalahanggap sebagai orang tidak siuman dan didiagnosis mengalami skizofrenia sebelum dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
- Kisah tragis Rita menjadi bahan filem dokumentari 'The Woman of Stars and Mountains' yang diterbitkan pada April 2024 oleh Santiago Esteinou. Rita akhirnya dibebaskan dan dipulangkan ke Mexico pada 1995 setelah kesnya diperjuangkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi orang kurang upaya pada 1994.
Kisahnya bermula pada 1983 ketika dia ditemui dalam keadaan kelaparan di bawah sebuah gereja di Kansas. Paderi yang menemui Rita melaporkannya kepada polis, kerana dia berpakaian lusuh dan kelihatan bingung.
Polis cuba berkomunikasi dengannya tetapi Rita hanya boleh berbicara dalam bahasa suku kaumnya yang tidak difahami pihak berkuasa.
Ini menyebabkan dia disalah anggap sebagai orang tidak siuman dan didiagnosis mengalami skizofrenia sebelum dimasukkan ke rumah sakit jiwa, di mana dia dipaksa mengambil ubat penyakit mental yang tidak sepatutnya.
Kisah Rita menjadi bahan filem dokumentari yang berjudul 'The Woman of Stars and Mountains', diterbitkan oleh Santiago Esteinou pada April 2024. Pembuatan filem ini melibatkan penyelidikan arkib dan wawancara mendalam.
Esteinou berkata, 'hukuman' dihadapi Rita antara lain disebabkan rumusan dibuat oleh penterjemah.
"Pihak berkuasa membawa masuk seorang penterjemah yang tidak dapat memahami bahasa Rita, namun dia menyimpulkan bahawa kata-kata Rita 'tidak masuk akal', yang akhirnya menyebabkan dia dihantar ke rumah sakit jiwa.
"Keputusan ini memaksa Rita tinggal di sana selama 12 tahun tanpa memahami mengapa dia berada di sana. Rita akhirnya dibebaskan dan dipulangkan ke Mexico pada tahun 1995 setelah kesnya diperjuangkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi orang kurang upaya pada 1994," katanya.
Dokumentari itu turut mendalami identiti sebenar Rita dan bagaimana dia boleh keluar dari kampungnya seorang diri sebelum ditemui di AS.
Esteinou berkata, Rita sebenarnya tergolong dalam golongan kaya dan mempunyai seorang anak lelaki di tempat asalnya.
"Namun semuanya berubah pada suatu hari apabila dia dituduh mencuri dan membunuh suaminya - dakwaan oleh penduduk kampungnya yang tidak pernah dapat dibuktikan.
"Dia kemudian dipulaukan dan merempat bersama anak lelakinya. Dia didakwa gila dan anaknya dirampas. Dia kemudian membawa diri keluar jauh dari kampungnya," katanya yang mengakui tidak tahu bagaimana Rita boleh sampai ke Kansas