"SAYA tidak akan boleh lupa bagaimana perasaan ketika asid disimbah ke muka dan kulit mulai melecur.
"Waktu itu umur saya baru 14 tahun dan sukar untuk gambarkan kesakitannya," itu luahan Dolly Singh, 18 tahun yang dari Agra, India.
Menceritakan lebih lanjut, Dolly berkata, sebelum serangan, dia merupakan seorang gadis periang yang suka menonton wayang di rumah rakannya, pelajar pintar selain bercita-cita untuk menjadi doktor.
Namun, 5 Julai 2013 segalanya berubah buat Dolly.
BACA: Gara-gara bawa lari isteri majikan, mata lelaki disuntik asid sehingga buta
"Pada waktu itu ibu saya keluar bekerja dan saya berada di rumah sedang bermain apabila pintu rumah diketuk.
"Sebaik sahaja saya membuka pintu dan ada seorang tukang kayu, berusia 27 tahun berdiri di hadapan saya.
"Lelaki yang dikenali sebagai Pradeep itu merangkul saya hingga saya berjaya menolaknya sebelum menyedari ada cecair memercik di muka hingga berasa hangus lalu rebah ke lantai akibat kesakitan," katanya.
Dolly menjelaskan, sebelum ini, dia sering diganggu oleh Pradeep yang cuba meraba dan menciumnya selain mengajaknya berkahwin.
Selepas insiden itu, Dolly tidak tahu yang cecair tersebut adalah asid dan Pradeep didapati segera melarikan diri.
Gadis itu kemudian menangis hingga jiran tetangga membawa saya ke hospital lalu menghubungi ibu bapa saya.
"Doktor mengesahkan muka saya melecur hampir 60 peratus dan merosakkan mata kiri serta lubang hidung hingga menyebabkan sukar bernafas," katanya.
Beberapa minggu Dolly dibenarkan keluar hospital dan ibu bapanya memutuskan untuk menanggalkan semua cermin yang ada di rumah mereka.
Namun, sebulan selepas serangan itu, Dolly terpanggil-panggil untuk melihat wajahnya dan menemui cermin kecil di bilik tidur ibunya lalu menjerit apabila mendapati wajahnya amat 'menakutkan'.
"Namun, ibu bapa saya cuba memujuk dengan menyatakan saya masih gadis cantik. Malah mereka juga telah berhabis hampir 6,000 pound sterling (RM33,000) untuk merawat wajah saya" katanya.
Kini, jiwanya kembali pulih apabila bertemu dengan rakan yang senasib dengannya dan meneruskan hidup dengan gembira.
Manakala, lelaki yang ditolaknya bernama Pradeep itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Agensi
Sun Feb 18 2018
Dolly berkata, sebelum serangan, dia merupakan seorang gadis periang yang suka menonton wayang di rumah rakannya, pelajar pintar selain bercita-cita untuk menjadi doktor.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Walaupun cacat disimbah asid, saya masih kuat - mangsa
Menceritakan lebih lanjut, Dolly berkata, sebelum serangan, dia merupakan seorang gadis periang yang suka menonton wayang di rumah rakannya, pelajar pintar dan bercita-cita untuk menjadi doktor.