IBU mana tidak sayangkan anak, lebih-lebih lagi tatkala bayi baru lahir memerlukan susu badan walhal kedua-duanya terpisah akibat terkurung, patuh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Itulah nasib sekumpulan kaum ibu terperangkap di Singapura.
Mereka berenggang dengan anak baru lahir, terpaksa ditinggalkan dengan penjaga di Malaysia.
Namun, setiap masalah ada penyelesaiannya.
Ahli Parlimen Stulang Andrew Chen menyumbang bantuan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk penghantar barangan sejuk beku dan pengendali kenderaan pengangkutan di Johor Bahru.
Melalui usaha rentas sempadan’, susu badan ibu melalui kiriman peti seberat 3,000 kilogram berjaya dihantar setakat ini.
Andrew tampil menyahut rayuan melalui laman sosial kumpulan 350 ibu-ibu warga Malaysia yang kini berada di republik itu kerana urusan kerja.
Mereka tidak dapat pulang walaupun secara berkala kerana pergerakan antara Singapura dan Johor Bahru kini terbatas.
Oleh kerana susu badan ibu bukan dikategori sebagai barang dagangan komersial, tidak wujud peraturan `import-eksport’ bagi penghantaran merentas sempadan.
Sebelum ini, ibu-ibu berkenaan akan mengepam dan menyimpan susu badan dan membawanya pulang setiap kali pulang berulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru dengan kekerapan seminggu sekali.
Pandemik COVID-19 menyebabkan peraturan menyekat pergerakan dan perjalanan rentas sempadan dikenakan di Malaysia dan Singapura sejak pertengahan bulan Mac.
Perintah sekatan pergerakan ini bakal berlanjutan untuk jangka masa yang tidak pasti.
Menyahut rayuan mereka melalui laman facebook, Andrew dan kumpulan ibu-ibu itu berhubung untuk menggerakkan operasi penghantaran bekalan.
Dari Singapura, kiriman bekalan susu badan ibu-ibu terlibat dihantar ke beberapa destinasi bukan sahaja di Johor Bahru tetapi sampai ke beberapa destinasi di seluruh negara.
Pada minggu pertama bulan April, pasukan itu berjaya mengumpul dan mengimport kiriman susu badan dari kumpulan pertama ibu-ibu warga Malaysia di Singapura.
Dari Johor Bahru, kiriman dalam 30 peti sejuk-beku seberat 600 kg berjaya diserah kepada pelbagai alamat di Johor Bahru.
Untuk kiriman kedua seminggu kemudian, susu ibu dalam 118 peti seberat 2,300 kg dikumpul terlebih dahulu di fasiliti bilik sejuk di Singapura.
Dari republik itu, susu ibu terkumpul dikirim ke Johor Bahru menggunakan pengangkutan trak barangan sejuk beku sebelum dihantar seterusnya ke destinasi di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Setiap penghantaran dikenakan bayaran antara RM30 hingga RM200, bergantung kepada jarak destinasi dari Johor Bahru.
Kejayaan usaha ini menarik perhatian seorang lagi ibu warga Malaysia yang bakal menghantar susu badan untuk anaknya di Sarawak.
Razak Chik
Tue Apr 21 2020

Bekalan susu badan ibu-ibu terkandas di Singapura berjaya dihantar kepada anak-anak mereka di Malaysia dalam keadaan pergerakan tersekat. -CNA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Podcast Realiti Rakyat: Bantu ibu terkandas hantar susu beku kepada anak di Malaysia
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.