KETIKA pujian mencurah-curah disampaikan dari seluruh dunia kepada pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS), terutamanya tentang sejarah terlantiknya Naib Presiden AS wanita pertama, sebahagian lagi dari warga dunia belum terubat rasa kecewa.
Kekecewaan itu datang dari dunia Islam umumnya, yang tidak meletakkan harapan tinggi bahawa wanita kulit hitam berdarah campuran Asia Selatan itu, boleh selari dengan ‘perjuangan yang lebih baik’ dalam paksi politiknya.
Di media sosial, tertular semula video ucapan Harris dalam Persidangan Dasar Jawatankuasa Hal Ehwal Amerika-Israel pada 2017.
Dalam ucapan itu, Harris berulang kali menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Israel, malah menegaskan, memberi sokongan penuh pada dasar AS yang menaja bantuan ketenteraan sejumlah AS$38 bilion untuk Israel untuk dekad seterusnya.
“Sokongan Amerika pada Israel perlu terus kukuh. Ketika Iran terus melancarkan perluru berpandu sementara membekal senjata dan dana kepada proksi Hezbollah, kita mesti teguh bersama Israel.
“Ketika Hamas meneruskan kawalan ke atas Gaza dan menembakkan roket ke sempadan selatan Israel, kita mesti teguh bersama Israel.
“Dan ketika ISIS dan perang saudara di Syria mengkucar-kacirkan rantau itu, menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal, dan menjejaskan kepentingan keselamatan, kita perlu terus menyokong mereka yang ditindas keganasan dan kita mesti teguh bersama Israel,” ujarnya yang mendapata tepukan gemuruh.
Pendirian Harris tentang isu negara Yahudi melihatkan dirinya lebih tegas berbanding Presiden AS yang baru diumum, Joe Biden, yang sebelum ini cuba menunjukkan nilai berbeza dalam parti Demokkratik.
Harris muncul di pentas politik nasional AS sejak 2017, namun pengalamannya berkhidmat selama tiga tahun sebagai Senator membuatkannya sering berada dalam kedudukan pro-Israel untuk partinya.
Selain video ucapan Harris dalam sebuah acara pada tiga tahun lalu itu, video pandangan Biden tentang Islam juga tersebar semula sejak namanya muncul sebagai 'kuasa baharu' yang mengakhiri era Donald Trump.
BACA: Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS
Di media sosial, terdapat video Biden yang dipercayai di sebua lokasi kempen politik. Beliau didekati beberapa individu yang bertanyakan kepadanya tentang pandangan terhadap warga Muslim di Amerika.
"(Kamu hendaklah) berbangga. Sangat berbangga. Saya betul-betul memaksudkannya. Saya berjanji, sebagai presiden, Islam akan dilayan sewajarnya, sama seperti agama utama lain," ujar Biden.
"Terima kasih, Kami sangat menghargainya," balas salah seorang wanita kepada Biden.
Ramai warga Islam Amerika, yang membentuk 1 peratus daripada populasi AS, berpandangan gandingan Biden-Harris bukanlah sesuatu yang 'cukup bagus' untuk memperjuangkan nasib dan visi komuniti mereka, namun mereka yang layak mengundi benar-benar mahu Trump berundur dari White House.
Dalam satu laporan Los Angeles Times, seorang penduduk Islam di South Bay, Sara Deen, menyifatkan lebih ramai penduduk Islam dalam komunitinya menunjukkan minat dalam pemilihan presiden baru-baru ini, berbanding pilihan raya-pilihan raya sebelumnya.
"Bagaimanapun, apa yang selama ini mengecewakan adalah betapa sering ahli politik ini mahu mengambil kira suara kami (orang Islam) namun tidaklah benar-benar berminat tentang apa yang kami mahu katakan.
"Terdapat idea tentang orang Islam terlibat dalam pentadbiran Biden-Harris. Namun, saya berada di persimpangan, antara optimistik dan curiga," ujarnya.
Agensi
Wed Nov 11 2020
![Video ucapan Kamala Harris berikrar teguh sokong Israel tersebar semula Video ucapan Kamala Harris berikrar teguh sokong Israel tersebar semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602123143_TBKamalaHarris.jpg)
Pendirian Harris tentang isu negara Yahudi melihatkan dirinya lebih tegas berbanding Presiden AS yang baru diumum, Joe Biden, yang sebelum ini cuba menunjukkan nilai berbeza dalam parti Demokratik. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739679675_KamalaHarrisUS.jpg)
Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat
Bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, yang tewas kepada Donald Trump dalam pilihan raya presiden November 2024, mula meminta sumbangan daripada pengundi.
![Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran di Los Angeles Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran di Los Angeles](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730630374_tbKamalaHarris.jpg)
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
![Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726035236_KamalaHarris.jpg)
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
![Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732682908_DonaldTrumpTexas.jpg)
Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden
Naib Presiden Kamala Harris mempengerusikan sesi itu dalam peranan perlembagaannya sebagai presiden Senat.
![Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731402190_PrabowoDonaldTrum.jpg)
Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin menghubungi Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump bagi menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden.
![Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state' Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731220418_tbDonaldTrump.jpg)
Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'
Donald Trump berjaya memenangi negeri Arizona dalam pilihan raya presiden pada Sabtu, menewaskan pencabarnya dari Parti Demokrat Kamala Harris.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika' Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730936030_tbBidenandHarris.jpg)
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
![“Kita mesti terima keputusan pilihan raya ini” - Kamala Harris “Kita mesti terima keputusan pilihan raya ini” - Kamala Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730934045_tbKamalaHarris.jpg)
“Kita mesti terima keputusan pilihan raya ini” - Kamala Harris
Kamala Harris berucap buat pertama kali di alma mater beliau, Howard University, Washington, selepas kalah pada Pilihan Raya Presiden kelmarin.
![Harris terima kekalahan, hubungi Trump bincang peralihan kuasa secara aman Harris terima kekalahan, hubungi Trump bincang peralihan kuasa secara aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730198447_tbkamalatrump.jpg)
Harris terima kekalahan, hubungi Trump bincang peralihan kuasa secara aman
Kamala Harris hubungi Donald Trump untuk ucap tahniah selepas pesaingnya itu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS.