KETIKA sangat lapar, sesiapa sahaja sanggup berbuat apa sahaja bagi mendapat sesuatu untuk megisi perut.

Bukan sahaja manusia, bahkan haiwan juga akan bertindak sedemikian walau di mana ia berada.

Kali ini melibatkan seekor burung camar yang dilihat memasuki sebuah kedai runcit sebelum mencuri roti demi kelangsungan hidup.

Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna media sosial Twitter, Vickie, meraih sebanyak lima juta tontonan sejak dia dimuat naik pada Isnin.


Namun 'pencuri' berkenaan tersekat di dalam kedai selepas pintu utama ditutup secara automatik dan hanya terlepas selepas ia dibuka semula oleh seorang pelanggan yang ingin memasuki kedai berkenaan.

Menurut seorang pengguna lain, ini bukan kali pertama burung itu bertindak sedemikian.

"Saya menyaksikan perkara yang sama di kedai itu beberapa minggu lalu.

"Burung itu sering mengunjungi kedai tersebut," katanya.