SEOUL: Korea Selatan melanjutkan nasihat khas perjalanan ke luar negara selama sebulan lagi berikutan penularan global varian Omicron, menurut kementerian luar pada Selasa.

Kementerian mengesyorkan rakyat membatalkan atau menangguhkan perjalanan tidak penting ke luar negara sehingga 13 Januari dan meminta mereka yang berada di luar negara mengambil langkah-langkah pencegahan, seperti mengelak menghadiri acara berskala besar.

Menurut agensi berita Yonhap, nasihat perjalanan pertama kali dikeluarkan pada Mac dan dilanjutkan setiap bulan ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19.

Kementerian turut memaklumkan pihaknya merancang mengkaji semula perubahan nasihat khas secara berperingkat kepada sistem amaran untuk setiap negara, bergantung pada situasi virus dan kadar vaksinasi di negara asing serta kemajuan dalam rundingan gelembung perjalanan.

-- BERNAMA