JAKARTA: Indonesia pada Isnin menyenaraikan empat lagi negara iaitu Angola, Hong Kong, Malawi dan Zambia ke dalam senarai yang dikenakan sekatan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap varian Omicron.
Pada Ahad Indonesia telah mengumumkan sekatan kepada pengembara yang masuk dari Nigeria, Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique dan Eswatini. Bagaimanapun, Nigeria kemudian dikeluarkan daripada senarai merah itu.
Pengembara yang pulang dari negara telibat, dalam tempoh 14 hari lepas perlu menjalani kuarantin di kemudahan ditetapkan, kata pegawai kanan dalam satu taklimat berita.
Menteri Penyelaras Luhut Pandjaitan berkata tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing dilanjutkan kepada seminggu berbanding tiga hari.
"Kami telah mengambil semua langkah dan tindakan yang perlu untuk memastikan pandemik terkawal," katanya.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Siti Nadia Tarmizi berkata sehingga kini, varian baharu itu belum dikesan di negara ini dan kementerian sedang memantau rapat melalui analisis penjujukan genom.
Sementara itu, kerajaan Indonesia telah membekukan cuti kepada penjawat awam untuk mengurangkan penularan COVID-19 ketika cuti Krismas dan tahun baharu dari 24 Dis hingga 2 Jan 2022.
Kerajaan juga akan mengenakan sekatan mobiliti awam tahap tiga (sederhana) dikenali sebagai PPKM, di seluruh negara sepanjang tempoh itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis merayu kepada negara di rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan pengawasan, mengukuhkan langkah kesihatan awam dan sosial serta meningkatkan liputan vaksinasi.
Pengarah serantau WHO Dr Poonam Khetrapal Singh berkata "negara mesti meningkatkan pengawasan dan penjujukan" berikutan lonjakan kes COVID-19 global dan pengesanan varian baharu Omicron,
"Mereka harus menilai risiko kes import melalui perjalanan antarabangsa dan mengambil langkah pencegahan dan keselamatan yang sewajarnya," tambahnya.
Varian B.1.1.529 atau Omicron pertama kali dilaporkan kepada WHO pada 24 Nov yang dikesan di Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Menteri Penyelaras, Luhut Pandjaitan berkata tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing dilanjutkan kepada seminggu berbanding tiga hari. - Gambar fail
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] 38 penduduk dipindahkan ke dua PPS
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Abang Johari teraju ekonomi baharu Sarawak, tingkatkan hasil negeri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berpendapat lapan tahun sejak memegang jawatan nombor satu di Sarawak, Premier Tan Sri Abang Johari berjaya melipatgandakan hasil pendapatan wilayah itu kerana keberanian dan kreativitinya.
[TERKINI] Sandwic 'ham dan keju' dijual di UM sah tiada sijil halal' - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ibu bunuh bayi 6 bulan kerana suami kahwin lain
WARGA Kecamatan Mataram Baru, Lampung Timur digemparkan dengan kejadian pembunuhan tragis bayi berusia enam bulan.
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
YDP Agong berkenan lawat mangsa banjir di Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor, hari ini (13 Januari).Seri Paduka Baginda melawat
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan
Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam situasi pandemik yang kelihatan kembali meningkat.
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron
Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.
Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748
Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu, menurut angka terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.