KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy menerusi akaun Twitter hari ini berkata tiada sekatan atau kompaun tinggi akan dilaksanakan sebaliknya rakyat perlu menumpukan perhatian kepada tingkah laku sendiri.
"Pakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. #TRIIS. Dapatkan dos penggalak. Sokong #PICKids (vaksinasi untuk kanak-kanak)," menurut ciapan beliau.
Terdahulu, Khairy berkata gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dan kes COVID-19 dalam negara dijangka meningkat.
BACA: Gelombang Omicron telah bermula di Malaysia - KJ
Bagaimanapun, beliau berkata situasi itu terkawal kerana negara mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes COVID-19 dilaporkan hari ini sebanyak 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,850,408 kes, meningkat daripada jumlah direkodkan semalam 4,744 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Khairy berkata tiada sekatan atau kompaun tinggi akan dilaksanakan sebaliknya rakyat perlu menumpukan perhatian kepada tingkah laku sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
Consider This: T.E.A.M. Malaysia: A New Economic Narrative
A new whitepaper from the Institute of Capital Market Research warns that while Malaysia aspires to become a high-value, innovation-led economy, outdated economic structures may be holding us back. The question is—can Malaysia rethink our approach to growth, investment, and competitiveness before it’s too late? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Tan Sri Andrew Sheng, Distinguished Fellow at Institute for Capital Market Research Malaysia. He previously served as Chairman of the Securities and Futures Commission of Hong Kong and held senior roles at Bank Negara Malaysia, including Chief Economist and Assistant Governor in charge of Bank and Insurance Regulations.

Malaysia lancar platform ASEAN GEMS, tawar 300 biasiswa bernilai AS$4 juta
Malaysia hari ini melancarkan platform ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship (GEMS), sebuah inisiatif visi yang akan menjadi hab utama bagi peluang biasiswa di seluruh rantau ini.
Malaysia akan bantu pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain bantuan pemulihan Gaza, Malaysia akan sediakan bantuan wakaf untuk Universiti al-Quds dan sekolah serta hospital di Baitulmaqdis. #AWANInews

Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global dipertingkatkan dengan komitmen bersama
Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global akan dipertingkatkan dengan dedikasi berterusan dan komitmen bersama untuk tadbir urus yang kukuh.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.

COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.

COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.