VAPE sememangnya mampu membunuh. Ini kerana, jumlah kematian angkara rokok elektronik itu meningkat kepada enam orang di Amerika Syarikat, setakat ini.
Menurut Pegawai Kesihatan Kansas, seorang wanita melebihi usia 50 tahun semakin menunjukkan simptom kesihatan yang merosot selepas mula menggunakan e-rokok tersebut.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Kansas masih tidak dapat mengenalpasti jenis e-rokok yang digunakan olehnya.
Kematian itu menjadikan ia sebagai kes pertama seumpamanya di negeri itu, akan tetapi ia dilihatkan sebagai satu kebimbangan yang besar terhadap penggunaan dan keselamatan rokok elektronik itu.
Ekoran itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, Pentadbiran Makanan dan Dadah (CDC) dan Jabatan Kesihatan Negeri menyiasat wabak tersebut tetapi mendapati bahawa punca atau kesinambungan yang jelas terhadap kes itu masih tidak ditemui.
BACA: Rang undang-undang baharu kawal penggunaan vape dijangka dibentang hujung tahun ini
Setakat ini sahaja, terdapat lebih daripada 450 kes penyakit paru-paru yang mungkin mempunyai kaitan dengan e-rokok yang dilaporkan berlaku di 33 buah negeri dan Virgin Island.
Sebelum berlakunya kematian di Kansas, terdapat lima kematian dilaporkan terjadi di California, Illinois, Indiana, Minnesota dan Oregon.
Menurut rekod, kematian pertama penyakit paru-paru yang berpuncakan vape di AS dilaporkan di Illinois yang bermula pada bulan Ogos dan dikatakan mangsa adalah orang dewasa.
Kematian kedua pula terjadi di Oregon dan diikuti dengan Minnesota dan Indiana. Manakala kematian kelima baru sahaja terjadi pada Jumaat lalu di California.
BACA: Tamatkan sepenuhnya 'riwayat' segala jenis rokok - MCTC
Menurut CDC, e-rokok sememangnya tidak boleh digunakan oleh golongan belia, wanita hamil mahupun orang dewasa yang sebelum ini tidak pernah menggunakan apa-apa produk tembakau.
Walaupun siasatan ke atas wabak penyakit paru-paru sedang dijalankan, orang ramai harus mempertimbangkan untuk tidak menggunakan produk e-rokok dan bagi mereka yang menggunakannya perlulah memantau simptom yang mungkin akan berlaku, kata CDC lagi.
BACA: Cecair vape didakwa mengandungi morfin, syarikat ambil tindakan undang-undang
“Kini tiba masanya untuk berhenti menggunakan vape,” tegas Pegawai Perubatan dan Kesihatan Kansas, Dr Lee Norman dalam satu kenyataannya yang mengumumkan kematian keenam dalam negara itu pada Selasa.
“Jika anda atau orang yang anda sayangi menggunakan vape, tolonglah berhenti. Jumlah kematian penyakit paru-paru yang dilaporkan di seluruh negara kita ini semakin berleluasa,”
“Saya sangat bimbang dengan masalah kesihatan dan keselamatan penduduk di Kansas yang menggunakan produk rokok elektronik ini dan mendesak mereka untuk berhenti sehingga kita dapat menentukan punca penyakit paru-paru dan kematian yang datangnya daripada masalah paru-paru ini” tambah Dr Lee.
BACA: Pelajar sanggup kerja hujung minggu sebab nak beli vape - CAP
Persatuan Paru-Paru Amerika memberi amaran bahawa "e-rokok adalah tidak selamat" dan boleh menyebabkan kerosakan kepada paru-paru yang tidak boleh dirawati.
"Tiada siapa digalakkan untuk menggunakan e-rokok atau apa-apa jenis produk tembakau lain. Pesanan ini menjadi semakin serius oleh sebab kes kematian dan penyakit paru-paru yang semakin tinggi di seluruh negara ini.”
Sementara itu, sebuah pertubuhan yang dikendalikan oleh bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, sejurus selepas tragedi itu mengumumkan pelancaran inisiatif baru sebanyak AS$160 juta (RM250.6 juta) bagi membendung penggunaan e-rokok di kalangan remaja di Amerika Syarikat.
Agensi
Thu Sep 12 2019
![Vape: Angka kematian di AS meningkat kepada enam orang Vape: Angka kematian di AS meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443299597_Ecigarettes.jpg)
Setakat ini sahaja, terdapat lebih daripada 450 kes penyakit paru-paru yang mungkin mempunyai kaitan kepada e-rokok yang dilaporkan berlaku di 33 buah negeri dan Virgin Island. - Gambar hiasan
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716161918_Children.jpg)
UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza
UNRWA memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza.
![Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717629454_heat.jpg)
Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat
Suhu siang hari yang luar biasa tinggi diramalkan melambung melebihi 37.8 darjah Celsius di beberapa negeri hingga Jumaat.
![Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan - KPDN Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717225284_FuziahSalleh.jpg)
Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan - KPDN
KPDN ingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.
![Kawah Nirwana di Sumatera meletus, pelancong dinasihat jauhi kawasan Kawah Nirwana di Sumatera meletus, pelancong dinasihat jauhi kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716627655_KawahNirwana.jpg)
Kawah Nirwana di Sumatera meletus, pelancong dinasihat jauhi kawasan
Kawah Nirwana, juga dikenali sebagai Nirwana Keramikan di Wilayah Lampung, terletak di selatan Sumatera, mengalami tiga letusan pada Jumaat.
![Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694671735_generichujanhuja.jpg)
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad
Amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
![Jepun keluar amaran salji lebat Jepun keluar amaran salji lebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674632055_clearssnowshrine.jpg)
Jepun keluar amaran salji lebat
Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran salji lebat untuk beberapa wilayah utara Jepun, ketika salji lebat terus melanda beberapa bahagian di negara itu.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639829586_KampungJohan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca.
![Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698880366_TBErdogan.jpg)
Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian mengeluarkan satu lagi amaran terhadap pengeboman berterusan Israel di Gaza ketika ini.
![Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698399083_KotaJakarta.jpg)
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
![BNM keluar notis serangan siber terhadap institusi kewangan BNM keluar notis serangan siber terhadap institusi kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694144297_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM keluar notis serangan siber terhadap institusi kewangan
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.