SYARIKAT Pfizer Inc bersama BioNTech SE dan Moderna Inc telah mengeluarkan laporan percubaan yang menunjukkan vaksin COVID-19 mereka berkesan sehingga 95 peratus, manakala vaksin AstraZeneca Plc pula dilaporkan efektif sehingga 90 peratus.
Berikut antara maklumat penting berkaitan perkembangan terbaharu itu:
Bila vaksin akan mula boleh didapati?
Pfizer, Moderna dan AstraZeneca sudah memulakan proses pembangunan vaksin masing-masing.
Pfizer memaklumkan mereka akan memiliki cukup bekalan untuk 25 juta orang, Moderna dengan bekalan untuk 10 juta orang dan AstraZeneca pula dengan bekalan terbesar, iaitu lebih dari 100 juta.
Amerika Syarikat dan United Kingdom menjangkakan vaksin akan mula diedarkan seawal pertengahan Disember.
Siapa yang akan dapat akses terhadap vaksin?
Di AS, golongan pertama yang akan menerima vaksin ialah kira-kira 21 juta kakitangan dalam bidang perubatan dan kesihatan dan tiga juta kakitangan pusat jagaan jangka panjang.
Ini diikuti mereka dalam sektor penting yang tidak boleh bekerja dari rumah seperti polis, bomba dan pekerja perkhidmatan makanan.
Seterusnya ialah mereka yang berisiko tinggi akibat penyakit tertentu, serta warga emas.
Vaksin secara amnya akan tersedia untuk orang awam di farmasi, klinik dan hospital mulai April 2021 dan suntikan akan mula diberi bermula akhir bulan Jun.
Bagaimana dengan nasib negara membangun?
COVAX, sebuah program yang diterajui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kumpulan vaksin GAVI, bagi mengumpulkan dana dari negara-negara kaya untuk membeli dan mengedarkan vaksin ke puluhan negara miskin, setakat ini telah berjaya mengumpulkan AS$ 2 bilion.
Matlamat utama ialah untuk memberi vaksin kepada tiga peratus penduduk di negara-negara ini di peringkat awal, sehingga mencapai 20 peratus di peringkat akhir.
Dijangkakan beberapa negara membangun di Afrika dan Asia, seperti India, akan menerima vaksin dengan kos rendah atau tanpa kos di bawah program ini pada tahun 2021.
Negara-negara lain seperti di Amerika Latin juga boleh membeli vaksin melalui COVAX.
Berapa harganya?
Syarikat pembuat vaksin dan kerajaan pelbagai negara telah merundingkan harga yang berbeza-beza, namun tidak banyak yang diketahui umum.
Banyak negara menyatakan kesediaan menanggung kos suntikan rakyat negara masing-masing.
Reuters
Wed Nov 25 2020
Di AS, golongan pertama yang akan menerima vaksin ialah kira-kira 21 juta kakitangan dalam bidang perubatan dan kesihatan. - Gambar hiasan/Reuters
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.