JAKARTA:Indonesia telah meluluskan vaksin COVID-19 buatan Sinovac Biotech untuk diberikan kepada golongan warga emas.
Ia sekali gus berpotensi mengubah strategi republik tersebut yang mengutamakan populasi pekerjanya dalam pemberian suntikan vaksin.
Menurut pihak berkuasa, ini kerana data sebelum ini mengenai keselamatan vaksin itu terhadap warga emas adalah terhad.
Memetik laporan Reuters, Badan Pengawal Ubat dan Makanan (BPOM) dalam satu surat berkata, ia telah meluluskan penggunaan CoronaVac buatan Sinovac bagi golongan warga emas setelah “mempertimbangkan keadaan pandemik COVID-19 ketika ini dan maklumat terhad berhubung manfaat dan keselamatan vaksin tersebut”.
Surat berkenaan dihantar kepada rakan kongsi Sinovac di Indonesia iaitu, Bio Farma.
BACA: Vaksin COVID-19: Sinovac lulus penjualan bersyarat
Jurucakap pasukan petugas khas COVID-19 negara, Wiku Adisasmito, mengesahkan kesahihan surat berkenaan.
Sementara itu, Bio Farma juga mengesahkan menerima surat tersebut, namun tidak mendedahkan sebarang perincian lanjut.
Kerajaan telah mengagihkan sebanyak tiga juta dos vaksin Sinovac di seluruh Indonesia bermula bulan lalu dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan dan penjawat awam.
BACA: COVID-19: Influencer antara golongan pertama terima vaksin di Indonesia
Data kerajaan menunjukkan hampir 800,000 individu telah menerima suntikan pertama, namun pihak berkuasa berkata mereka akan memperolehi 25 juta lagi dos menjelang akhir Mac ini.
Dalam masa setahun, Indonesia ingin memvaksinasi lebih 180 juta individu, atau dua pertiga daripada jumlah penduduknya yang terdiri daripada 270 juta orang.
Kementerian Kesihatan Indonesia enggan memberikan sebarang komen, namun ada menyatakan golongan warga emas akan menerima suntikan vaksin pada April ini.
Sinovac pada Sabtu berkata CoronaVac telah diluluskan pengatur produk perubatan China untuk penggunaan masyarakat umum.
Ujian percubaan fasa pertama dan kedua di China menunjukkan vaksin tersebut selamat digunakan bagi mencetuskan tindak balas imun dalam kalangan peserta lebih tua.
Bagaimanapun, Sinovac mengeluarkan peringatan bahawa data untuk kadar perlindngan dalam kalangan orang berusia 60 tahun ke atas adalah ‘terhad’.
“Apabila institusi yang berkaitan… menggunakan vaksin tersebut, keperluan untuk menberikan produk itu harus dinilai dengan mempertimbangkan status kesihatan dan risiko pendedahan kumpulan usia berkenaan,” katanya.
Pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono, berkata Indonesia perlu menyegerakan pemberian vaksin kepada golongan warga emas sekiranya ingin menghentikan penularan wabak COVID-19.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Britain yang telah memulakan proses memvaksinasi dengan memberikan keutamaan kepada golongan warga emas yang lebih mudah diserang penyakit pernafasan.
Setakat Ahad (7 Februari 2021), Indonesia mencatatkan 1,147,010 kes positif COVID-19 dan merekodkan angka korban sebanyak 31,393 kes.
Agensi
Sat Feb 06 2021

Dalam masa setahun, Indonesia ingin memberi vaksin kepada lebih 180 juta individu, atau dua pertiga daripada jumlah penduduknya yang terdiri daripada 270 juta orang. - REUTERS

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.