SEJUMLAH 1,534,560,227 dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Rabu.

Menurut data John Hopkins University, China mendahului dengan 435,689,000 dos yang didaftarkan setakat ini.

Ia diikuti Amerika Syarikat dengan sebanyak 276,802,303 dos dan India, 185,786,502 dos.

Negara lain yang mencatat jumlah dos diberikan melebihi 50 juta adalah Brazil (60,062,511) dan United Kingdom (58,271,057).

Sementara itu, Jerman menyaksikan 41.6 juta dos telah diberikan, Perancis dan Itali, masing-masing 31 juta
dan 28.7 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 23.2 juta dos didaftarkan, jauh meninggalkan negara lain.

Singapura pula mencatatkan 3.4 juta dos diberi, Filipina 2.9 juta dos dan Thailand 2.4 juta dos.

Sementara itu, Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 2.05 juta.