Hampir lima tahun setelah berjaya berkomplot untuk mengelar wajah pesaingnya, pemilik restoran murtabak terkenal Zam Zam dan bekas rakannya dijatuhkan hukuman penjara hari ini, menurut laporan berita dalam talian, TODAY.
TODAY melaporkan bahawa Zackeer Abbass Khan, 49, dikenakan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan kerana mendalangi serangan itu.
Bekas rakannya, yang juga ahli kongsi gelap, Anwer Ambiya Kadir Maideen, 50, dikenakan hukuman penjara lima setengah tahun tetapi tidak dikenakan sebatan kerana pesalah berusia lebih 50 tahun tidak boleh dikenakan hukuman sebat mengikut undang-undang.
Kedua-dua lelaki yang tidak dijamin itu, didapati bersalah pada bulan Mac kerana bersekongkol untuk mencederakan penyelia Restoran Victory, Liakath Ali Mohamed Ibrahim.
Memetik peguam Zackeer, Sabrinder Singh, laporan itu mengatakan bahawa anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Daerah Mathew Joseph, sementara Anwer akan mula menjalani hukumannya pada 6 Julai.
Menurut laporan itu, hakim, dalam kenyataannya, berkata kes ini dirujuk sebagai persaingan perniagaan hampir seabad di antara Zam Zam dan Victory, yang terletak bersebelahan di North Bridge Road di kawasan Bugis.
Zackeer dan Liakath adalah rakan niaga, bagaimanapun gagal dalam usahasama perniagaan, yang berakhir dengan Zackeer disaman dan 'ditipu' sebanyak $80,000 hasil penjualan, kata pihak pendakwaan.
Laporan berita dalam talian itu menyebut, Liakath, yang bekerja di Zam Zam sejak 1985 dan berhenti pada 2014 untuk bekerja dengan Restoran Victory.
Zackeer kemudian menyimpan dendam terhadap bekas rakannya itu.
Kedua-dua restoran berkenaan sering merebut pelanggan sehingga menimbulkan ketegangan antara pihak pengurusan dan kakitangannya, kata Hakim Daerah Mathew.
Kejadian itu meninggalkan parut kekal sepanjang lima sentimeter di bahagian bibir atas kanan Liakath.- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020

Portal berita dalam talian, CNA turut melaporkan berita Zackeer Abbass Khan yang dikenakan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan kerana mendalangi serangan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pembantu jualan dipenjara 6 tahun, 6 sebatan lakukan amang seksual
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas tertuduh mengaku salah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, dua tahun lepas.

Upah kelar wajah pesaing, akhirnya pemilik restoran dipenjara
Hampir lima tahun setelah berjaya berkomplot untuk mengelar wajah pesaingnya, pemilik restoran murtabak terkenal Zam Zam dan bekas rakannya dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.

Ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dengan 6 sebatan
Hakim Rosdi Harun memerintahkan hukuman sebat itu dilaksanakan di penjara tempat tertuduh ditahan.

Bekas calon STPM dihukum penjara 7 tahun, 6 sebatan
Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 20 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.