Mendiang Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej akan menjalani upacara kremasi atau pembakaran mayat pada 26 Oktober, kata sumber rasmi kerajaan pada Rabu.
Portal berita Channel News Asia melaporkan, sumber rasmi itu, turut menambah bahawa upacara pengebumian pula akan mengambil masa lima hari.
Pengesahan tarikh pembakaran mayat sekali gus menentukan susur masa istiadat pertabalan putera Bhumibol, iaitu Raja Maha Vajiralongkorn, yang menaiki takhta pada Disember lalu namun istiadat pertabalan terpaksa ditangguhkan selepas pengebumian ayahandanya.
Pemerhati politik berkata pertabalan raja baharu akan secara tidak langsung memulakan semula jentera politik berikutan pengumuman tempoh perkabungan setahun. Dijangkakan pilihan raya umum bakal menyusul.
"Pihak istana telah mengsahkan bahawa raja berkenan dengan perancangan kerajaan. Hari kremasi ditetapkan pada 26 Oktober," ujar pegawai kanan kerajaan, yang tidak mahu dinamakan atas sebab-sebab sensitiviti.
"Pengebumian juga akan mengambil masa selama lima hari," kata Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam.
Raja Bhumibol mangkat pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun setelah gering sekian lama. Kemangkatannya telah mengakhiri tempoh tujuh dekad di atas takhta, yang juga dilihat sebagai simbol penyatuan rakyat Thailand dalam negara yang berpecah-belah akibat politik.
BACA: Pedati emas dipersiapkan untuk 'perjalanan Raja Thai ke syurga'
Agensi
Wed Apr 19 2017

Mendiang Raja BHumibol ketika hayatnya dipandang tinggi dan dilihat sebagai simbol penyatuan rakyat Thailand. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Upacara lima hari persemadian diraja Thai berakhir
Raja Maha Vajiralongkorn mengetuai satu upacara menyemadikan abu mayat mendiang ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej di dua wat Buddha bersejarah.

Upacara pembakaran jasad Raja Bhumibol ditetapkan 26 Oktober
Pengesahan tarikh pembakaran jasad itu sekali gus menentukan susur masa istiadat pertabalan putera Bhumibol, iaitu Raja Maha Vajiralongkorn.