JAKARTA: Undang-undang jenayah baharu yang mengharamkan seks di luar nikah serta membendung kritikan bebas akan berkuat kuasa di Indonesia ternyata menimbulkan persoalan dalam kalangan pelancong dan ekspatriat.
Pengkritik berpendapat undang-undang baharu itu dilihat ‘melanggar’ kehidupan peribadi rakyat malah percubaan menghalang kritikan terhadap kerajaan dilihat sebagai hal yang 'mundur' di sebuah negara demokrasi termasuk menjejaskan iklim pelaburannya.
Undang-undang itu juga dikatakan berpotensi menganggu kemasukan pelancong asing, yang mungkin boleh menjejaskan pemulihan ekonomi di lokasi pelancongan seperti Bali yang baharu pulih sejak pandemik COVID-19.
Ini yang anda perlu tahu tentang undang-undang baharu:
Apakah peraturan baharu mengenai undang-undang yang menetapkan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah?
Sesiapa yang melakukan hubungan seks di luar nikah boleh dipenjara sehingga setahun atau denda.
Sesiapa yang bersekedudukan sebagai suami isteri tanpa ikatan perkahwinan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan. Dalam kedua-dua kes, polis boleh mendakwa pelaku zina hanya berdasarkan aduan rasmi yang dibuat oleh ibu bapa, anak atau pasangan mereka.
Adakah kod baharu ini mengharamkan hubungan seks?
Kod itu tidak khusus kepada pekerjaan seks tetapi larangan seks luar nikah akan menjadikan industri pekerjaan seks atau pelacuran adalah tidak sah.
Bagaimana dengan hubungan LGBTQ?
Kod ini secara berkesan akan melarang hubungan LGBTQ. Kerajaan tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, jadi sebarang aktiviti seksual antara orang yang sama jantina akan dianggap sebagai luar nikah.
Bilakah kanun jenayah baharu berkuat kuasa?
Akan ada tempoh peralihan tiga tahun sehingga undang-undang dikuatkuasakan sepenuhnya, kerana kerajaan perlu merangka peraturan sebelum dilaksana. Kini selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang itu, langkah seterusnya ialah Presiden Jokowi menandatangani dan dijangka akan diluluskan.
Setegas mana peraturan akan dikuatkuasakan?
Tidak jelas sama ada pasangan yang melancong ke Indonesia dan menginap di hotel akan diteliti dan dihukum.
Timbalan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Edward Omar Sharif Hiariej berkata pihak berkuasa akan bertindak hanya jika ada aduan dan serbuan tidak akan dilakukan.
Kanun jenayah mengiktiraf "living laws" merangkumi undang-undang syariah yang ketat bermaksud kerajaan tempatan di 34 wilayah boleh menggubal undang-undang mereka sendiri berdasarkan kanun jenayah.
Adakah undang-undang akan berkuatkuasa di Bali?
Kanun jenayah terpakai kepada seluruh negara, termasuk Bali tetapi setiap wilayah boleh menguatkuasakan undang-undangnya sendiri berdasarkan kod tersebut.
Undang-undang baharu itu boleh menjadi kontroversi di sana, memandangkan pulau itu bergantung kepada industri pelancongan.
Apakah undang-undang lain yang terdapat dalam kod baharu?
Tindakan mempromosikan pencegahan kehamilan serta menghina agama turut diharamkan, selain mengembalikan larangan menghina Presiden dan Naib Presiden yang sedang memegang jawatan, institusi negara serta ideologi kebangsaan.
Kes menghina Presiden mesti dilaporkan oleh pemimpin itu sendiri dan boleh dihukum penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Faida Rahim
Wed Dec 07 2022

Undang-undang itu juga dikatakan berpotensi menganggu kemasukan pelancong asing, yang mungkin boleh menjejaskan pemulihan ekonomi di lokasi pelancongan seperti Bali. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.